PELBAGAI usaha dan strategi dilaksanakan di pelbagai peringkat bagi memperkasa wanita.
PELBAGAI usaha dan strategi dilaksanakan di pelbagai peringkat bagi memperkasa wanita.
Muhammad Saufi Hassan


PERANAN penting wanita sering diperkatakan, malah sumbangan golongan berkenaan tidak pernah ketinggalan baik daripada aspek polisi kerajaan sehingga kepada bentuk bantuan.

Selepas berdekad lamanya, wanita di negara ini tidak pernah ketinggalan ataupun 'terluput' dalam polisi kerajaan, malah peranan serta sumbangan sentiasa diiktiraf.

Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2020-2025 (RMK-12) memberi penekanan terhadap memperkasakan peranan wanita bagi membolehkan mereka bersama-sama menyumbang secara berkesan untuk pembangunan negara.

Buktinya, pemerkasaan wanita terus dikukuhkan dengan pengenalan kepada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan inisiatif untuk menggalakkan kesaksamaan gender serta memperkukuhkan perundangan.

Agenda kesaksamaan jantina menjadi antara objektif yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan 2030 anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam banyak hal di negara ini, kaum hawa masih dipandang secara daripada kaca mata tradisional meskipun zaman sudah berubah dan bergerak cukup pantas, salah satu petunjuknya terlihat pada kadar penyertaan mereka dalam tenaga buruh negara.

Pada 2020, peratusannya berada pada angka 55.3 peratus, menyaksikan peningkatan daripada tahun sebelumnya dan semakin meningkat untuk tahun-tahun kemudian, tetapi hanya naik 0.5 peratus kepada 55.8 peratus pada 2022.

Sasaran 60 peratus kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh dalam tempoh 10 tahun yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Madani diumum pada Julai tahun lalu secara jelas menyatakan komitmen Malaysia menyahut seruan PBB itu.

SUMBANGAN wanita tidak pernah ketinggalan baik daripada aspek polisi kerajaan sehingga kepada bentuk bantuan.
SUMBANGAN wanita tidak pernah ketinggalan baik daripada aspek polisi kerajaan sehingga kepada bentuk bantuan.

Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melonjakkan pemerkasaan wanita melalui inisiatif seperti peruntukan Geran Penjagaan Kanak-Kanak kepada Wanita Kembali Bekerja, memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak dan penyediaan subsidi yuran taska serta pembinaan 80 taska dan tabika Kemas termasuk 13 projek baharu.

Sehubungan itu, pelbagai usaha dan strategi dilaksanakan di pelbagai peringkat bagi memperkasa wanita.

Tahun ini juga, JPW akan melaksanakan program membabitkan pemerkasaan wanita yang merangkumi empat aspek iaitu Wanita dan Ekonomi, Wanita Selamat, Wanita Sejahtera serta Wanita dan Kepimpinan.

Menyentuh aspek kadar penyertaan tenaga buruh di negara ini dilihat meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini iaitu daripada 46.8 peratus pada 2010 kepada 68.6 peratus pada 2021.

USAHA lebih menyeluruh perlu diteruskan supaya wanita tidak terus ketinggalan dalam segala aspek.
USAHA lebih menyeluruh perlu diteruskan supaya wanita tidak terus ketinggalan dalam segala aspek.

Bagaimanapun, jurang antara kadar penyertaan tenaga buruh lelaki dan wanita masih besar apabila 80.9 peratus untuk lelaki dan hanya 55.5 peratus wanita pada 2021.

Berdasarkan satu laporan, Ketua Ekonomi Buruh Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr Mohd Yusof Saari dipetik berkata, angka itu masih kekal rendah dengan tahap pembangunan Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara.

"Ini sebahagiannya disebabkan oleh 56.9 peratus wanita dengan pendidikan menengah berada di luar tenaga buruh.

"Berdasarkan data Tenaga Buruh, 63.2 peratus menyatakan kerja rumah dan tanggungjawab keluarga sebagai sebab wanita tidak mengambil bahagian dalam tenaga buruh," katanya.

RMK-12 memberi penekanan terhadap memperkasakan peranan wanita.
RMK-12 memberi penekanan terhadap memperkasakan peranan wanita.

Mengikut perangkaan pada 2021, kadar penyertaan tenaga buruh wanita mengikut pendidikan tinggi merekodkan 64.1 peratus, pendidikan menengah (52.2 peratus) dan rendah (43.6 peratus).

Untuk tujuan itu, usaha lebih menyeluruh perlu diteruskan supaya wanita tidak terus ketinggalan dalam segala aspek khususnya penyertaan bidang strategik di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 6:20 AM