SOGO tawar potong sehingga 80 peratus ke atas pelbagai barangan berjenama sempena jualan menyambut kedatangan Ramadan dan persiapan Aidilfitri.
SOGO tawar potong sehingga 80 peratus ke atas pelbagai barangan berjenama sempena jualan menyambut kedatangan Ramadan dan persiapan Aidilfitri.
Suliati Asri


SEMPENA menyambut kedatangan Ramadan dan persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, SOGO akan mengadakan promosi jualan hebat mulai 23 Februari sehingga 10 Mac ini.

Sepanjang promosi jualan hebat ini, pelanggan boleh menikmati bukan saja ganjaran tetapi diskaun sehingga 80 peratus ke atas pelbagai barangan berjenama dari kategori pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, aksesori, kecantikan, barangan kelengkapan rumah, dan banyak lagi.

SOGO memberikan sehingga 10 kali mata ganjaran dan menggandakan mata ganjaran sekiranya pelanggan berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam satu resit.

Bagi 1,000 Ahli Kad SOGO terawal pula, mereka berpeluang untuk mendapatkan baucar SOGO sehingga RM500 dan hadiah-hadiah menarik lain dengan pembelian minimum RM600 dalam satu resit.

Sebagai tambahan, ahli kad SOGO juga akan mendapat kupon RM30 untuk setiap pembelian bernilai RM300 dari barangan barangan kosmetik atau wangian.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat kupon RM50 dengan pembelian minimum RM400 dalam satu resit dari bahagian kelengkapan bilik tidur.

SOGO juga menawarkan barangan tawaran kilat eksklusif pada harga istimewa yang jauh lebih rendah dari harga biasa kepada pembeli yang terawal dengan pembelian minimum RM150 dalam satu resit.

Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati tawaran "Happy Hour", tawaran panggilan akhir dan banyak lagi!

Juga jangan ketinggalan tawaran menarik untuk pemegang kad Maybank yang membeli-belah di SOGO!

510 pelanggan pertama Kad Kredit Maybank dan 870 pelanggan pertama Kad Debit Maybank akan menerima baucar RM20 dengan hanya pembelian minimum RM300!

Tawaran Istimewa Terawal juga disediakan bagi 200 pemegang Kad Maybank Terawal di SOGO Kuala Lumpur yang mana mereka boleh mendapatkan coklat Ferrero Rocher 24 biji dengan harga RM1 saja (harga biasa adalah RM53.80) dengan pembelian minima RM150 di dalam satu resit.

Dalam masa sama, bersempena dengan cuti sekolah ini, SOGO juga mengadakan promosi "Kembali Ke Sekolah" dengan diskaun menarik untuk ibu bapa yang ingin membeli-belah pakaian dan peralatan sekolah.

Menerusi kempen ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti belian dengan belian dan kupon percuma bernilai RM10 dengan pembelian minimum RM300 dalam satu resit.

Bukan itu saja, SOGO juga menganjurkan pelbagai aktiviti menyeronokkan secara percuma pada hujung minggu antaranya lukisan muka, seni pasir dan banyak lagi.

Di samping itu, pelanggan juga berpeluang memenangi baucar bernilai RM300 dengan menyertai "Peraduan Gambar Kembali ke Sekolah".

Sepanjang tempoh jualan ahli SOGO ini juga, bagi ahli baru yang mendaftar secara percuma atau muat turun aplikasi mudah alih MYSOGO di "Play Store" atau "App Store" akan menerima rebat RM5 dan hadiah misteri.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang www.sogo.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 6:45 AM