WATSONS mengadakan jualan dalam talian terbesar Watsons 8.8 Online Shopathon.
WATSONS mengadakan jualan dalam talian terbesar Watsons 8.8 Online Shopathon.
Nabil Basaruddin


Watsons sedang mengadakan jualan dalam talian terbesarnya untuk tahun kedua berturut-turut iaitu Watsons 8.8 Online Shopathon yang bermula semalam hingga 11 Ogos nanti.

Terdapat lebih 1,800 produk kecantikan dan kesihatan ditawarkan dengan potongan harga hingga 88 peratus.

Watsons dalam kenyataan berkata, sepanjang 11 hari jualan ini diadakan, pelanggan berpeluang mendapatkan penjimatan berganda untuk produk penjagaan diri dengan promosi ‘beli lebih, jimat lebih’ seperti beli tiga produk dan dapatkan 18 peratus lebih atau beli produk kedua dengan diskaun 88 peratus.

Selain itu, terdapat lebih 500 produk ditawarkan secara beli satu percuma satu atau beli lapan percuma lapan topeng muka.

Malah, jika pelanggan membayar menggunakan aplikasi Boost, mereka berpeluang mendapatkan tunai RM8 untuk perbelanjaan minimum RM80.

Istimewanya jualan kali ini, pelanggan boleh menantikan tempoh antara 6 dan 8 Ogos ini di mana akan diadakan Mega Day yang bermula jam 12 tengah malam.

Rebut tawaran serendah 80 sen dengan baucar hidangan istimewa bernilai RM10 turut ditawarkan bagi tempoh ini.

Selain diskaun hebat, 10 pelanggan bertuah Watsons juga berpeluang memenangi pakej percutian dengan perbelanjaan minimum RM88 dalam satu resit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 9:20 AM