HUJUNG rambut yang terbelah menyebabkan ia mudah rapuh.
HUJUNG rambut yang terbelah menyebabkan ia mudah rapuh.
Nurul Husna Mahmud

 

TRICHOPTILOSIS dalam istilah 'marhaen' merujuk kepada masalah rambut bercabang.

Biasanya rambut bercabang berpunca daripada keadaan hujung rambut yang kering, raput dan terurai menjadi dua bahagian.

Masalah ini kerap menyebabkan wanita berasa tertekan punca rambut bercabang adalah pelbagai.

Ia dikatakan bermula dari pengaruh cuaca, cara merawat rambut hingga kepada penggunaan produk perawatan rambut. 

Mereka yang mengalami masalah rambut bercabang serius mungkin tidak sepenuhnya dapat dicegah. 

Namun, anda masih boleh mengurangkan masalah rambut bercabang dengan rawatan tertentu.

Berikut adalah saranan cara menangani masalah rambut bercabang:

 

1. Rutin memotong rambut

Salah satu cara merawat rambut bercabang adalah mengamalkan rutin memotong rambut tertentu.

Dalam masalah rambut bercabang disarankan memotong hujung rambut secara berkala.

Menurut Institute For Quality And Efficiency In Health Care, pertumbuhan rambut terjadi umumnya sekitar satu sentimeter setiap bulan. 

Setiap orang akan mengalami pertumbuhan rambut yang cukup berlainan. Namun, rambut akan segera tumbuh kembali sehingga pulih kepada sedia kala dengan sebaiknya memotong hujung rambut secara teratur. Lakukan jika mendapati hujung rambut terlalu kering dan mula terbelah dua.

2. Kendali rambut dengan teliti ketika basah

Rambut dalam keadaan basah lebih berisiko mengalami kerosakan, terutama apabila  mengeringkan dengan cara yang salah. 

Puncanya, rambut akan lebih mudah kusut dan rapuh terutama ketika menyisirnya dengan sikat bergigi rapat. 

Selain itu, elak menggunakan alat pelurus atau kerinting rambut pada rambut yang basah. 

3.Elak ikat rambut terlalu ketat

Anda juga perlu berhati-hati ketika mengikat rambut dalam keadaan basah kerana boleh menyebabkan rambut rosak.

Apabila mengikat rambut, gunakan pengikat atau getah rambut daripada material lembut dan tidak membuatkan rambut mudah kusut. 

4.Pakai pupur rambut

Salah satu cara merawat rambut bercabang dengan berkesan adalah menggunakan pupur rambut. 

Hasilkan pupur rambut yang sesuai seperti pisang sebagai pupur rambut.

Kandungan kalium, zink, zat, besi dan sejumlah vitamin dalam buah itu mengembalikan keanjalan rambut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2023 @ 6:55 AM