MAKANAN ringan dan manis perlu dielak sebagai snek
MAKANAN ringan dan manis perlu dielak sebagai snek
Nurul Husna Mahmud


Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 Malaysia juga mendapati dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun hingga 17 tahun sebanyak 29.8 peratus didapati mengalami berat badan berlebihan dan obesiti.

Pakar menjangkakan jika tiada tindakan diambil, seramai 1.65 juta kanak-kanak Malaysia yang bersekolah dijangka mengalami obesiti menjelang 2025.

Tiada yang dapat menangani isu berat badan melainkan merubah gaya hidup terutama tabiat pemakanan secara sihat perlu dilentur sejak usia kecil.

Malah, pendekatan kanak-kanak selalunya diberi ganjaran menerusi makanan ringan sebagai sajian snek mereka, memburukkan lagi situasi.

Pemberian snek dikatakan dapat membantu menangani tabiat makanan berlebihan dengan cara betul.

Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori seharian adalah berbeza dengan golongan dewasa dan begitu juga dalam pemilihan snek.

Berikut antara langkah melatih tabiat pengambilan snek secara bijak dalam kalangan kanak-kanak:

1 .Pengambilan snek sebaiknya sejam awal sebelum waktu makan utama. Ia supaya tidak memberi gangguan kepada sistem penghadaman dan pencernaan kanak-kanak.

Selain itu, mengambil snek hampir pada waktu makan menyebabkan anak anda enggan makan sajian yang sepatutnya seperti sajian sayur dan protein.

2. Elak sebarang gangguan kepada anak-anak ketika menikmati snek. Contoh tidak menonton televisyen ketika makan.

Bantu anak tidak leka ketika menikmati snek, ajak anak nikmati snek sambil berbual atau bersantai berbanding melakukan aktiviti lain.

BUAH-buahan antara snek sihat.
BUAH-buahan antara snek sihat.

3. Ikut saiz hidangan wajar. Untuk kanak-kanak saiz hidangan kecil contohnya biskut dua keping atau tidak melebihi 100 gram.

Saranan lain adalah mangkuk kecil atau satu genggam tangan mereka.

4. Gantikan snek manis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Memperkenalkan snek dalam bentuk sayur membantu mencukupkan keperluan sayur-sayuran.

5. Kekacang atau bijirin antara snek boleh menggantikan makanan ringan tinggi kandungan garam dan gula. Galakkan juga anak minum air secukupnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2023 @ 6:30 AM