CUCI muka apabila bangun pagi dan sebelum tidur untuk menjaga kesihatan kulit wajah.
CUCI muka apabila bangun pagi dan sebelum tidur untuk menjaga kesihatan kulit wajah.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Memiliki kulit wajah yang cantik menjadi idaman setiap wanita.

Selain solekan, aspek penjagaan juga penting bagi memastikan kulit wajah kekal bersih, cantik dan segar.

Sebelum memulakan sesuatu rutin penjagaan wajah, sebaiknya ketahui jenis kulit masing-masing dan produk penjagaan yang sesuai untuk digunakan.

Ia disusuli dengan amalan pembersihan wajah yang perlu dilakukan secara rutin.

Biasanya muka perlu dicuci dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelum tidur.

SELAIN solekan aspek penjagaan juga penting bagi memastikan kulit wajah kekal bersih, cantik dan segar.
SELAIN solekan aspek penjagaan juga penting bagi memastikan kulit wajah kekal bersih, cantik dan segar.

Ini kerana ketika tidur, minyak dan sel kulit mati terkumpul dalam pori-pori.

Jadi, mencuci muka sebaik sahaja bangun pagi membantu menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman.

Ia penting untuk menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk.

Amalan mencuci muka ketika bangun pagi boleh membantu menyegarkan badan, apatah lagi jika ia disekalikan dengan mandian.

Wajah dan badan berasa segar, ia adalah antara cara terbaik memulakan hari anda.

Dalam pada itu, antara cara supaya kulit wajah tetap sihat dan segar adalah dengan rajin mencucinya sebelum tidur.

Amalan itu banyak manfaat antaranya dapat memberi ruang kepada pori-pori kulit untuk bernafas dan berasa lega, menjadikan wajah lebih bersih serta bebas kesan kotoran sepanjang hari.

PENDEDAHAN terhadap pencemaran, solekan serta sentuhan pada wajah juga mendedahkan kulit kepada lebih banyak bakteria.
PENDEDAHAN terhadap pencemaran, solekan serta sentuhan pada wajah juga mendedahkan kulit kepada lebih banyak bakteria.

Ini kerana selain terdedah kepada pencemaran, solekan dan sentuhan pada wajah juga mendedahkan kulit kepada lebih banyak bakteria dan kotoran.

Bayangkan jika anda meninggalkan segala kotoran ini pada kulit ketika anda tidur.

Sementara itu, meskipun membersihkan wajah adalah penting, namun ia tidak perlu dilakukan berkali-kali melainkan disarankan oleh pakar dermatologi.

Mencuci lebih daripada dua kali sehari tidak disyorkan kerana ia boleh menanggalkan minyak semula jadi yang penting daripada kulit wajah.

Kulit pada wajah memerlukan sedikit minyak untuk kekal sihat dan lembap.

Jika kulit terlampau kering, ia akan cuba mengatasinya dengan mengeluarkan lebih banyak minyak, sekali gus boleh membawa kepada lebih banyak kemunculan jerawat.

Jadi, kunci kepada amalan pembersihan wajah yang baik untuk memastikan kulit bebas jerawat sudah pastinya adalah keseimbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2023 @ 6:19 AM