KETIKA masih bayi, si manja yang mempunyai berat berlebihan boleh dianggap comel dan menghiburkan.
KETIKA masih bayi, si manja yang mempunyai berat berlebihan boleh dianggap comel dan menghiburkan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KETIKA masih bayi, si manja yang mempunyai berat berlebihan boleh dianggap comel dan menghiburkan.

Namun, apabila mencapai usia kanak-kanak, masalah berat berlebihan si kecil perlu diberi perhatian.

Ini kerana kanak-kanak yang memiliki berat badan berlebihan berkemungkinan besar turut menjadi remaja dan dewasa yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana berat badan berlebihan atau dengan kata lain, obesiti cenderung membawa risiko kepada pelbagai masalah kesihatan pada masa hadapan.

Ia termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser berbahaya lain.

Bagaimana untuk ibu bapa mengetahui jika anak mereka mengalami berat badan berlebihan?

Menurut perkongsian info di laman portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan (KKM), kadar pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard.

KANAK-kanak yang memiliki berat badan berlebihan berkemungkinan besar turut menjadi remaja dan dewasa yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.
KANAK-kanak yang memiliki berat badan berlebihan berkemungkinan besar turut menjadi remaja dan dewasa yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah berlebihan berat badan.

Ia termasuk faktor genetik yang memainkan peranan dalam memungkinkan seorang kanak-kanak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan.

Selain itu itu, amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan kanak-kanak.

"Aktiviti fizikal yang kurang, corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor itu turut menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak.

"Masalah kesihatan seperti kelenjar endokrin yang tidak sempurna juga memungkinkan seorang kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan.

APABILA mencapai umur kanak-kanak, masalah berat berlebihan si kecil perlu diberi perhatian.
APABILA mencapai umur kanak-kanak, masalah berat berlebihan si kecil perlu diberi perhatian.

"Doktor akan melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu bagi mengenal pasti penyebabnya," kata KKM.

Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh membantu anak mereka mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Ibu bapa perlu memberi sokongan dan ingatkan anak supaya jangan terlalu bimbang mengenai berat badannya kerana tanggapan negatif turut mempengaruhi perasaan si kecil.

Perbincangan juga boleh dilakukan bagi mengetahui masalah si anak dan mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada ibu bapa masing-masing.

Menurut KKM lagi, ibu bapa perlu menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur-ansur.

AMALKAN tabiat makan secara sihat mengikut saranan panduan pemakanan berkesan untuk mengawal berat badan si manja.
AMALKAN tabiat makan secara sihat mengikut saranan panduan pemakanan berkesan untuk mengawal berat badan si manja.

"Pembabitan ahli keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan sahaja.

"Lakukan aktiviti fizikal yang kerap berserta tabiat makan secara sihat mengikut saranan panduan pemakanan berkesan untuk mengawal berat badan.

"Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat dan ambil peluang itu untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif," kata KKM.

Antara cadangan untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga adalah dengan menjadikan ibu bapa itu sendiri sebagai contoh.

Jika si anak melihat ibu bapanya aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung melakukan aktiviti fizikal.

Namun, pastikan anda peka terhadap keperluan mereka kerana anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa membabitkan diri dalam sesuatu aktiviti.

Jadi, adalah penting membantu anak memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukan terlalu sukar atau mengaibkan.

Dalam hal ini, ibu bapa juga perlu mengurangkan masa keluarga dalam aktiviti yang kurang aktif seperti menonton televisyen atau bermain permainan video.

Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah masalah berlebihan berat badan, ibu bapa juga perlu memberi anak sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Sebahagian besar makanan dalam diet harian keluarga perlu datang daripada kumpulan bijirin.

Makanan daripada kumpulan susu, daging dan kacang panjang perlu diambil dengan sederhana.

Manakala makanan yang tinggi lemak dan gula perlu diambil dengan sedikit.

Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak amalan gaya hidup yang sihat, sekali gus mendorong mereka mencontohinya sepanjang hayat.

Ini kerana kanak-kanak belajar dengan lebih cepat melalui teladan daripada ibu bapa mereka. - Sumber: Portal MyHEALTH KKM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2023 @ 6:30 AM