MARLIA menunjukkan tart keju yang dihasilkan sempena Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
MARLIA menunjukkan tart keju yang dihasilkan sempena Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Paya Linda Yahya


USAHA gigih tanpa mengenal erti putus asa menjadi pegangan buat wanita berusia 36 tahun ini.

Sekadar bermula secara kecil-kecilan dari rumah kini membuahkan hasil apabila berjaya membuka kedai sendiri sejak empat tahun lalu.

Marlia Ismail, 36, asalnya suri rumah kini memiliki sebuah kedai bakeri yang menjadi impiannya sejak sekian lama.

Menurutnya pada awal pembabitannya dalam bidang bakeri, dia hanya menjual dan mempromosikan secara dalam talian.

Katanya, sebelum membuka kedai bakeri hampir setiap hari dia membuka tempahan dan membuat penghantaran kepada pelanggan dari rumah ke rumah.

"Alhamdulillah sekarang saya sudah memiliki sebuah kedai bakeri sendiri yang menjual pelbagai jenis pencuci mulut dan kek.

"Disebabkan tempahan dan sambutan menggalakkan, saya kini dibantu seorang pekerja menguruskan kedai ini," katanya di kedainya di Taman Wira Perdana, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.

TEKUN menyiapkan tempahan.
TEKUN menyiapkan tempahan.

WARNA-warni tiga kek hari jadi yang menarik perhatian.
WARNA-warni tiga kek hari jadi yang menarik perhatian.

Katanya, dia mengakui media sosial banyak membantu memperkenalkan produknya kepada pelanggan di sekitar daerah ini.

"Antara platform yang saya sering gunakan adalah WhatsApp, Facebook dan TikTok.

"Jika dulu, saya membuat penghantaran ke rumah pelanggan, kini mereka sendiri yang datang ke kedai mengambilnya selain membeli pencuci mulut atau kek yang sudah siap dibuat," katanya.

Menurut Marlia, minatnya yang kini menjadi perniagaan dan mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta, Wan Mohd Ridhwan Wan Mohd Aris, 38, dan dua anaknya.

Kongsinya, bagi suri rumah yang mempunyai minat dalam bidang bakeri, boleh mencubanya dan jangan takut untuk memulakan langkah pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2022 @ 7:00 AM