EDARAN sampel susu kepada barisan hadapan untuk membantu menyokong sistem imunisasi mereka.
EDARAN sampel susu kepada barisan hadapan untuk membantu menyokong sistem imunisasi mereka.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


BAGI menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan imuniti kendiri, PROVITAL Immuna Plus tampil mengedar sampel susu percuma untuk membantu menyokong sistem imunisasi mereka.

Ia adalah sebahagian daripada usaha menerusi kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bersama dengan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI).

Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam, Gonzalo Balcazar berkata, selepas dua tahun dalam situasi pandemik Covid-19, rakyat Malaysia memasuki fasa seterusnya.

Oleh itu, kata Balcazar, adalah penting bagi masyarakat untuk peka terhadap kesihatan selain berusaha untuk meningkatkan dan menguatkan imuniti diri.

Katanya, menerusi kerjasama dengan MSAI, mereka mengedarkan sampel susu di tempat awam seperti pasar pagi, pejabat korporat dan kakitangan barisan hadapan di tujuh hospital di Lembah Klang.

"Kami gembira kerana dapat membantu kakitangan barisan hadapan supaya mereka terus dilindungi untuk terus menjaga pesakit.

"Melalui usaha itu, kami berharap dapat menggalakkan orang ramai supaya lebih peka terhadap kesihatan imun diri masing-masing," katanya.

Susu berkenaan mengandungi yis beta glukan, selenium dan vitamin C yang memberikan tiga perlindungan imuniti. Yis beta glukan dapat membantu mengaktifkan tindak balas imun untuk melawan jangkitan dan selsema.

Menurut kajian, sembilan daripada 10 orang dewasa melaporkan tiada simptom selesema dan sakit tekak selepas menggunakan yis beta glukan selama 12 minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2022 @ 6:15 AM