CAMPURAN yogurt dan oat bukan sahaja baik sebagai snek sarapan malah juga boleh menangani masalah pori-pori besar.
CAMPURAN yogurt dan oat bukan sahaja baik sebagai snek sarapan malah juga boleh menangani masalah pori-pori besar.
Nurul Husna Mahmud


Proses penapaian susu oleh bakteria kultur seperti Lactobacillus menghasilkan produk sedikit kental dan memiliki rasa pedar iaitu yogurt.

Malah proses untuk menghasilkan yogurt ini membabitkan susu dipanaskan sekitar 80 darjah Celsius bagi menghapuskan bakteria tidak baik sebelum disejukkan supaya proses penapaian susu boleh berlaku selama empat hingga 12 jam.

Kebaikan yogurt sebagai makanan kerana kandungan probiotik atau bakteria yang membantu meningkatkan sistem pencernaan selain membekalkan kalsium.

Selain hidangan cukup sempurna bersama buah-buahan atau bijirin seperti oat, yogurt juga boleh dijadikan produk penjagaan kulit.

1. Yogurt membantu dalam menghilang jeragat dan bintik hitam pada wajah.

Seiring dengan peningkatan usia selain terdedah dengan cahaya matahari menjadikan masalah kulit ketara seperti jeragat dan bintik hitam. Yogurt mempunyai kandungan protein baik yang membantu pemulihan dan memutihkan wajah.

Terdapat dua kaedah dalam penggunaan yogurt bagi tujuan rawatan wajah bermasalah seperti jeragat dan bintik hitam:

CAMPURAN yogurt bersama tomato dan timun hasilkan penenang untuk wajah yang terkena selaran matahari.
CAMPURAN yogurt bersama tomato dan timun hasilkan penenang untuk wajah yang terkena selaran matahari.

i. Ambil yogurt kosong dan sapukan pada bahagian wajah yang mengalami jeragat dan bintik hitam. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari untuk hasil lebih baik.

ii. Campurkan satu senduk yogurt kosong dengan perahan lemon (sebiji). Gaul dengan sebati. Sapukan campuran lemon dan yogurt pada kulit dan biarkan 20 minit. Bilas dengan air suam.

2. Kebaikan dalam yogurt membantu mengecilkan pori-pori pada wajah.

Pori-pori adalah merujuk kepada lubang folikel rambut pada wajah. Peningkatan usia selain masalah kulit yang berminyak menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar dan tidak menyenangkan pada wajah.

Terdapat dua kaedah penggunaan yogurt dapat mengecilkan pori-pori pada wajah:

SELARAN matahari apabila kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.
SELARAN matahari apabila kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

i. Ambil satu sudu besar yogurt dan oleskan pada bahagian pori-pori jelas kelihatan seperti hidung, dagu atau dahi. Biarkan 20 minit dan bilas dengan air sejuk. Ulang dua kali sehari untuk hasil yang lebih berkesan.

ii. Campurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar oat. Gaul sebati dan tekstur bahan campuran menjadi seperti pupur. Sapukan pada bahagian pori-pori kelihatan besar dan biarkan 30 minit. Kemudian gosok perlahan dan bilas dengan air suam.

3. Yogurt membantu mengatasi masalah selaran matahari pada kulit.

Kulit yang terkena cahaya matahari boleh menyebabkan tona tidak sekata dan gelap. Malah ada kalanya menyebabkan individu tidak selesa menggunakan produk kecantikan seperti pelembap mahupun bedak.

Yogurt yang memiliki unsur antiradang boleh membantu menenangkan kulit. Terdapat dua kaedah disarankan dalam penggunakan yogurt untuk merawat masalah selaran matahari:

MASALAH jeragat dan bintik hitam juga antara masalah boleh ditangani dengan penggunaan yogurt.
MASALAH jeragat dan bintik hitam juga antara masalah boleh ditangani dengan penggunaan yogurt.

i. Ambil satu sudu besar dan oleskan pada keseluruhan wajah terutama pada bahagian yang terdapat selaran matahari. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air sejuk. Lakukan dua kali sehari untuk bantu pulihkan kulit dengan segera.

ii. Kaedah dua ialah campurkan tiga sudu yogurt dengan campuran tomato dan timun sudah dikisar (cadangan satu biji tomato dan setengah batang timun). Gaul dengan sebati. Sapukan pada wajah yang terkena selaran dan biarkan 30 minit. Bilas sampai bersih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2022 @ 6:11 AM