MAKANAN tambahan untuk kanak-kanak daripada bahan semula jadi yang dapat membantu mencerdaskan minda dan membekalkan tenaga kepada sel otak.
MAKANAN tambahan untuk kanak-kanak daripada bahan semula jadi yang dapat membantu mencerdaskan minda dan membekalkan tenaga kepada sel otak.
QASEH Gold Junior diformulasi daripada bahan semula jadi buat kanak-kanak.
QASEH Gold Junior diformulasi daripada bahan semula jadi buat kanak-kanak.
Suraya Roslan


QASEH Gold Junior, produk 'killer' khusus untuk kanak-kanak diformulasi daripada 14 ramuan 'superfood' dapat membantu menyokong sistem ketahanan si kecil kesayangan anda.

Rangkaian produk keluaran Qaseh Health Resources Sdn Bhd diformulasi daripada bahan semula jadi dan 'superfood' seperti kurma, madu, habbatus sauda, delima, gam arab, za'faran, buah tin, minyak zaitun, badam dan bayam.

Pengasas Qaseh Gold Junior Hasniza Hassan berkata, produk Qaseh Gold Junior terdiri daripada Qaseh Gold Junior asli (perisa kurma), Qaseh Gold Junior (perisa oren) dan Qaseh Gold Junior Premium (Omega 3 dan blueberi).

"Qaseh Gold Junior diformulasi sebagai makanan tambahan buat kanak-kanak kerana bahan semula jadi membantu kecerdasan minda dan dapat membekalkan tenaga kepada sel otak.

"Di samping itu, produk ini juga boleh meningkatkan kualiti sistem pertahanan badan," katanya.

Hasniza berkata, selain itu, Qaseh Gold Junior lebih kepada makanan tambahan kepada kanak-kanak yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit, membantu menyokong sistem imun badan selain membantu meningkatkan selera makan terutama buat anak yang memilih makan.

"Produk ini khusus untuk kanak-kanak dengan dilengkapi ramuan 14 'superfood' yang membantu menyokong sistem imun kanak-kanak dan menyokong nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dengan sihat.

"Jus harian kanak-kanak yang membantu meningkatkan fungsi minda, membantu mengatur fungsi neuron dan saraf.

"Kami fomulasikan dalam satu produk dan hasrat kami menyenangkan ibu bapa supaya membekalkan makanan berkhasiat kepada kanak-kanak setiap hari secara konsisten," katanya.

Hasniza berkata, rasa produk yang sedap tanpa penggunaan gula putih dan bahan pengawet pastinya menambat hati si kecil.

HASNIZA bersama produk Qaseh Gold Junior.
HASNIZA bersama produk Qaseh Gold Junior.

"Manis daripada kurma dan madu adalah kandungan utama produk ini.

"Malah, saya pasti dalam keadaan pandemik Covid-19 mesti kita bimbang kesihatan anak kita dan ini boleh menjadi perisai buat mereka membina sistem ketahanan badan.

"Virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar, jadi ikhtiar ibu bapa sangat penting dalam membina sistem imun anak-anak berada dalam keadaan optimum," katanya.

Menurutnya, dengan jualan hampir satu juta botol sejak 2013, ibu bapa juga tidak perlu lagi risau mengenai kesihatan anak masing-masing yang pastinya penat berulang-alik ke hospital setiap bulan.

"Dengan pengambilan satu sudu besar produk Qaseh Gold Junior ini bersamaan satu biji kurma dan bagus untuk memulakan hari mereka terutama dijadikan sarapan," katanya.

Hasniza berkata, antara perjuangannya dalam membina empayar perniagaan itu adalah mahu menghadiahkan kebahagiaan kepada seisi keluarga.

"Untuk membantu membina masa depan yang lebih baik mestilah bermula daripada generasi yang cemerlang, disebabkan itu kita perlu melihat pemakanan anak-anak, amalan harian dan membesar dalam keadaan sihat dan bertenaga.

"Ini matlamat kami dalam penghasilan Qaseh Gold Junior sebagai alternatif makanan tambahan untuk menguatkan minda dan fokus ketika belajar," katanya.

Sebotol Qaseh Gold Junior dijual dengan harga RM59 (Semenanjung) dan RM69 (Sabah dan Sarawak) dan untuk maklumat lanjut layari laman Facebook dan Instagram, Qaseh Gold Junior HQ atau hubungi 0193388297.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 6:20 AM