PROJEK  Bank Makanan anjuran Tabung  Amal MBSJ.
PROJEK Bank Makanan anjuran Tabung Amal MBSJ.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PANDEMIK Covid-19 jelas memberi impak besar terhadap sosio ekonomi masyarakat di negara ini. Ramai yang terjejas, ada yang mengalami kerugian dalam perniagaan, kehilangan pekerjaan dan tidak kurang yang terjejas pendapatan.

Menyedari keadaan itu, Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan memulakan sumbangan bagi mewujudkan projek Bank Makanan anjuran Tabung Amal Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Inisiatif itu digerakkan bagi meringankan beban warga kerja MBSJ yang terkesan akibat penularan pandemik Covid - 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di Selangor baru-baru ini. Bungkusan makanan yang mengandungi makanan asas seperti beras, minyak masak, kicap, bihun,sardin, kacang dhal, bawang dan telur diserahkan kepada kakitangan yang terkesan.

Usaha berkenaan secara tidak langsung menyokong aspirasi MBSJ 'No One Left Behind.'

Ia juga dilihat dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk bekerjasama serta bersama membantu mereka yang memerlukan sekali gus dapat membina dan mengukuhkan jaringan perhubungan antara masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 6:48 AM