Mohd Jazri (dua dari kiri) menyampaikan produk Mahsuri Food kepada peniaga.
Mohd Jazri (dua dari kiri) menyampaikan produk Mahsuri Food kepada peniaga.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Mahsuri Food Sdn Bhd, syarikat pengeluar kicap dan sos masakan menawarkan harga eksklusif untuk peniaga bazar Ramadan di bawah kendalian Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Ketua Komersial Mahsuri Food, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, beberapa produk keluaran syarikat yang laris dan menjadi pilihan peniaga makanan ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

"Produk kami yang laris dijual di pasar raya seperti Kicap Manis Pedas Mahsuri, Kicap Manis, Sos Berperisa Tiram, Sos 3 Rasa dan Sos Lada Hitam sesuai untuk kegunaan perniaga makanan dan kami menawarkan produk ini kepada peniaga bazar Ramadan kendalian MBSJ pada harga jauh lebih rendah dari pasaran.

"Kami berharap inisiatif ini dapat meringankan sedikit beban peniaga bazar Ramadan ini," katanya dalam kenyataan selepas menyertai sesi taklimat khas untuk peserta bazar Ramadan MBSJ.

Selain menawarkan harga lebih rendah untuk produk Mahsuri Food, pihaknya turut menyerahkan 400 apron percuma untuk peniaga.

Dalam pada itu, Timbalan Datuk Bandar MBSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pihaknya mengingatkan semua peserta bazar Ramadan yang diluluskan oleh MBSJ untuk memastikan semua SOP asas seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial dipraktikkan sepanjang waktu perniagaan.

"Untuk makluman, polis akan memantau kawasan bazar Ramadan. Kompaun boleh dikeluarken oleh pihak polis sekiranya peniaga didapati tidak mematuhi SOP terbaru ini.

"Ini adalah SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukan pihak MBSJ," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 9:54 PM