WARGA emas terutama wanita perlukan protein mencukupi.
WARGA emas terutama wanita perlukan protein mencukupi.
Nurul Husna Mahmud

APABILA berlaku kenaikan berat badan, wanita antara golongan paling resah sehingga sanggup mengambil langkah ekstrim termasuk menjalani rutin diet tertentu.

Ada yang sanggup menahan lapar seharian dengan memilih salad dan jus buah-buahan, mahupun memilih protein tanpa karbohidrat kerana takut gemuk.

Namun seperti saranan kebanyakan pakar permakanan yang tidak menggalakkan individu memilih pola makanan ekstrim sebaliknya diet seimbang dan senaman diperlukan untuk sihat.

Justeru untuk protein, apakah panduan terbaik termasuk berapa banyak protein yang diperlukan?

Lembaga Makanan dan Permakanan Amerika Syarikat menyarankan sekurang-kurangnya 61 gram protein diperlukan iaitu kira-kira 15 peratus daripada 1,800 kalori diperlukan.

Namun dalam kajian mendapati, warga tua terutama wanita biasanya menghidapi kekurangan 50 hingga 70 peratus nutrisi itu sehingga menjejaskan fungsi penting termasuk dalam kawalan hormon mahupun sistem bendalir badan dan pemulihan termasuk luka serta parut.

BAHAN diperlukan penyediaan.
BAHAN diperlukan penyediaan.

Protein juga penting peranannya dalam satu blok sel penting bagi pembinaan otot, tulang, kulit, tulang, rambut dan darah.

Jadi, makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, keju, susu, ikan, dan telur.

Bagi vegetarian, protein boleh didapati dalam produk soya seperti tauhu selain dalam kombinasi makanan seperti nasi atau jagung dengan kacang.

Di sini satu penyediaan resipi sajian protein baik boleh dicuba pembaca iaitu ayam lemon dan keju.

LANGKAH penyediaan ringkas.
LANGKAH penyediaan ringkas.

Bahan-bahan:

a) Empat keping bahagian dada ayam tanpa kulit

b) 100gm mentega

c) Enam ulas bawang putih

d) Satu cawan krim masakan

e) 1/2 cawan stok rebusan ayam

f) Perahan dari satu biji lemon kira-kira 1/4 cawan

g) Dua sudu besar sos biji sawi

h) Satu sudu besar serbuk lada putih

i )1/2 sudu kecil serbuk perasa

j) 1/2 keju cawan Parmesan

k) 1/2 cawan tepung serbaguna (salut ayam)

HIDANGAN protein enak dan ringkas.
HIDANGAN protein enak dan ringkas.

Cara Penyediaan:

1. Salut dada ayam dengan tepung serbaguna. Goreng sehingga keperangan dan toskan minyak.

2. Gunakan kuali berasingan dan panaskan mentega. Apabila cair tumiskan bawang putih dan bahan lain kecuali keju.

3. Apabila rempah sudah sebati, masukkan keju dan biarkan memekat.

4. Tutup api. Masukkan ayam dan boleh hias dengan hirisan lemon. Boleh pilih hidangan sampingan sama ada rebusan pasta, sayur atau nasi mengikut selera anda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2020 @ 6:30 AM