KREATIVITI Norlisa mendapat pengiktirafan Buku Rekod Malaysia (MBOR).
KREATIVITI Norlisa mendapat pengiktirafan Buku Rekod Malaysia (MBOR).
Murnaena Muhammad Nasir


Menghasilkan 'crochet' atau mengait bukanlah kemahiran baharu bagi usahawan kraftangan tempatan.

Ini kerana kemahiran itu diterjemahkan dengan penghasilan pelbagai barangan keperluan dan perhiasan seperti dekorasi rumah, pakaian, beg, topi serta pelbagai lagi mengikut kreativiti pembuatnya.

Bagi usahawan Kraftangan Malaysia, Norlisa Mohamad Nor, 38, dia membawa kelainan dengan memilih pendekatan berbeza untuk menghasilkan potret menggunakan teknik crochet.

Selari dengan tagline syarikat miliknya Selembar benang menjadi sekeping gambar, karya Potret Crochet yang dihasilkannya nyata lebih kemas, teliti dan nampak eksklusif.

Tidak hairanlah jika Norlisa pernah menerima tempahan daripada orang kenamaan.

Menceritakan pembabitan awal dalam bidang seni itu katanya, semua bermula sekadar hobi dan hasilnya hanya untuk kegunaan sendiri ataupun dijual secara kecil-kecilan.

Kata Norlisa, idea menghasilkan karya Potret Crochet sebenarnya timbul ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu iaitu selepas perniagaan percetakan yang diusahakannya lebih 10 tahun mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19.

"Idea untuk menghasilkan Potret Crochet ini timbul pada Mei tahun lalu selepas saya mengambil keputusan ingin mencuba nasib dalam mengkomersialkan hasil seni unik ini memandangkan belum ramai yang menghasilkan karya serupa.

MENGAIT memerlukan ketelitian dan ketekunan.
MENGAIT memerlukan ketelitian dan ketekunan.

"Alhamdulillah, ia mendapat sambutan baik daripada pelanggan dan kini saya memilih menjadikan hobi membuat crochet ini sebagai kerjaya kerjaya sepenuh masa," katanya ketika ditemui selepas penyampaian sijil Malaysia Book of Records (MBOR), baru-baru ini.

Anak kelahiran Johor Bahru yang juga kakak kepada penyanyi program realiti Mentor musim ke-4, Mohd itu berkata, pengiktirafan daripada MBOR antara kenangan yang sukar dilupakan.

"Saya gembira apabila karya potret Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah terpilih mendapat pengiktirafan MBOR sebagai karya potret crochet terbesar di Malaysia.

"Potret setinggi dua meter (m) dengan lebar 1.49 m itu mengambil masa 28 hari untuk disiapkan ," katanya yang kini dalam proses menyiapkan karya ke-20.

Selain karya berkenaan, Norlisa juga menghasilkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan; dan beberapa tokoh negara lain.

POTRET yang dihasilkan diukur oleh kakitangan MBOR.
POTRET yang dihasilkan diukur oleh kakitangan MBOR.

Berkongsi usahanya dalam mendalami ilmu penghasilan potret menerusi kaedah crochet itu, Norlisa berkata, dia menghadiri kursus dalam talian berbayar yang berpusat d

i Australia dan seterusnya menjadi tenaga pengajar pertama dari Malaysia mewakili syarikat berkenaan.

Kata Norlisa lagi, dia lebih gemar menghasilkan karya yang mempunyai nilai sejarah seperti potret pemimpin negara, monumen atau peristiwa kemerdekaaan.

"Saya akui pada mulanya memang agak sukar dan pernah berputus asa kerana pembuatannya begitu rumit serta memerlukan ketelitian tinggi kerana jika tersalah warna benang atau kiraan kaitan ia boleh mengakibatkan karya berkenaan tidak menjadi.

NORLISA turut menghadiri. kursus dalma talian untuk memahirkan diri dengan pelbagai kaedah mengait.
NORLISA turut menghadiri. kursus dalma talian untuk memahirkan diri dengan pelbagai kaedah mengait.

"Namun, berkat kesungguhan dan keterujaan unt

uk melihat hasil akhir, saya mendisiplinkan diri untuk menyiapkannya mengikut jadual," katanya yang juga pemilik

LIESA HANDMADE CRAFT.

Norlisa kini mampu berbangga kerana beberapa karya menariknya sudah terjual dan dia†berjaya meraih keuntungan mencecah lima angka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 7:01 AM