KOLEKSI barangan kemas menarik sempena Hari Kekasih.
KOLEKSI barangan kemas menarik sempena Hari Kekasih.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


JENAMA mewah dari Sepanyol, Tous menampilkan koleksi menarik 'Colors of Love' sempena sambutan Hari Kekasih.

Pelbagai rekaan aksesori

barang kemas ditampilkan dan ia turut diselitkan dengan mesej unik bagi meraikan kepelbagaian dalam cinta serta kasih sayang.

Ini kerana setiap cinta dan kasih sayang adalah berbeza bagi setiap individu atau pasangan selain ia diraikan melalui koleksi menarik itu.

REKAAN barangan kemas mewah untuk wanita.
REKAAN barangan kemas mewah untuk wanita.

Keindahan setiap rekaan koleksi itu tidak perlu dipertikaikan lagi kerana jenama berkenaan sudah pun berada di pasaran selama 100 tahun.

Sehingga kini, ia masih lagi memberikan rekaan barangan mewah yang berkualiti kepada 'TOUS Lovers' di seluruh dunia.

Berada di bawah naungan Kumpulan HABIB, jenama itu mendapat banyak permintaan daripada penggemar barangan kemas yang menginginkan rekaan berlainan dan menarik.

Di Malaysia, ia memiliki dua butik iaitu di pusat beli-belah Pavilion dan Sunway Pyramid dan satu kedai 'flagship' di Suria KLCC.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 7:00 AM