EMAS adalah warisan gemerlapan merentasi zaman, fesyen selain miliki tarikan tersendiri
EMAS adalah warisan gemerlapan merentasi zaman, fesyen selain miliki tarikan tersendiri
Hartini Mohd Nawi

EMAS adalah warisan gemerlapan yang merentasi sejarah dan fesyen. Aset bernilai ini mempunyai tarikan tersendiri.

Tiada masa yang lebih baik daripada hari ini untuk anda mula menjinakkan diri dengan ilmu pelaburan.

HABIB kongsikan beberapa perkara penting yang anda wajib tahu sebelum memulakan pelaburan berkilau anda.

1.Terokai karat sebagai ukuran ketulenan emas

Barangan kemas emas adalah lambang keanggunan yang menggunakan karat (K) sebagai ukuran. Lebih tinggi nilai karatnya, lebih tinggilah kandungan emas tersebut dengan nilai maksimum 24K.

Emas 24K yang juga dikenali sebagai emas 999 adalah kandungan paling tulen yang terkenal dalam penghasilan jongkong, wang dinar dan syiling emas.

Bagi meningkatkan ketahanannya, kandungan ini dicampur dengan aloi yang lain seterusnya menghasilkan nilai seperti emas 22K ataupun 916, yang sering menjadi kegemaran pencinta barangan kemas emas.

Emas ini mengandungi 91.6 peratus emas dan campuran aloi untuk kekuatan tambahan. Tersedia secara eksklusif di HABIB, Koleksi Oro Italia 916 yang ditawarkan dalam rekaan pelbagai dengan sentuhan dan ketukangan terbaik dari Itali.

Kemahiran menilai ketulenan emas dapat membantu anda untuk menentukan jenis barangan kemas pilihan anda.

2. Serlahkan gaya dan personaliti tersendiri dengan rekaan idaman

Rundingan daripada pakar profesional adalah penting untuk anda memahami dengan lebih lanjut mengenai barangan kemas yang ingin diperoleh.

HABIB sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan konsultasi secara percuma untuk pelanggannya.

3. Dapatkan barangan kemas daripada jenama yang dipercayai

Pelbagai reka bentuk ditawarkan, merangkumi kilauan dan kemasan yang berlainan dengan lingkungan harga yang berbeza bagi memenuhi cita rasa anda.

Luangkan lebih masa untuk meneliti, kemudian anda nilai sendiri kualiti dan kekemasan setiap rekaan.

Tetapkan bajet terlebih dahulu bagi menjimatkan masa anda untuk memilih barangan kemas pilihan.

4. Dapatkan rundingan daripada pakar

Rundingan daripada pakar profesional adalah penting untuk anda memahami dengan lebih lanjut mengenai barangan kemas yang ingin dimiliki.

5. Penjagaan rapi untuk barangan kemas anda

Setiap barangan kemas memerlukan penjagaan dan perhatian yang teliti. Bagi memastikan kilauan yang berkekalan, penting untuk anda menanggalkan barangan berharga sebelum tidur dan menyimpannya dengan baik di dalam kotak barangan kemas secara berasingan.

Selain itu, elakkan sentuhan langsung dengan bahan yang mengandungi kimia seperti losyen dan minyak wangi, kerana bahan-bahan ini yang berpotensi untuk mengurangkan seri emas anda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 7:01 AM