PENYAKIT buah pinggang boleh dicegah daripada awal.
PENYAKIT buah pinggang boleh dicegah daripada awal.
Muhamaad Razis Ismail

BUAH pinggang antara organ yang sangat penting dan berperanan mencuci darah dari sisa buangan serta lebihan air yang diperlukan tubuh.

Bagaimanapun, penjagaan organ ini sentiasa dipandang remeh dalam kalangan masyarakat.

Di Malaysia setiap hari sekurang-kurangnya 10 penduduk didiagnos mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik atau berada pada peringkat lima (teruk) dan memerlukan rawatan dialisis.

Lebih menggerunkan, pembunuh senyap yang tidak mempunyai penawar ini, tidak menunjukkan simptom yang jelas sehingga dianggap masalah kesihatan biasa dalam kalangan masyarakat sebelum ia dikesan sudah berada di peringkat serius.

Kajian menunjukkan setiap tahun golongan pekerja iaitu mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun paling ramai mengalami masalah buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan khusus.

Selain menjalani saringan secara berkala, langkah pencegahan awal perlu diambil untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

RITA dan Rashidi sebagai pasangan suami isteri.
RITA dan Rashidi sebagai pasangan suami isteri.

1. Amalkan minum air kosong yang banyak dan jus epal

Air dapat melancarkan aliran darah dan membantu membersihkan buah pinggang daripada semua toksin yang terkumpul dalam badan.

Malah, kita juga digalakkan minum lebih daripada tiga hingga empat liter sehari sehari untuk kesihatan.

Jus epal yang kaya dengan Vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.

2. Elakkan mengambil ubat tanpa nasihat doktor

Bahan produk khasiat tambahan yang mengandungi bahan kimia seperti raksa, pengawet, warna dan perisa tiruan adalah antara unsur yang boleh mengakibatkan sistem pada buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik.

Bahan kimia ini boleh beri tekanan kepada organ berkenaan untuk bekerja keras, sekali gus menggugat kemampuan berfungsi dengan baik yang akhirnya berlaku kerosakan kronik.

MUHAMMAD Danial Akmal (duduk tiga dari kanan) ketika membincangkan isu membabitkan pelajar USIM.
MUHAMMAD Danial Akmal (duduk tiga dari kanan) ketika membincangkan isu membabitkan pelajar USIM.

3. Kawal makanan tinggi gula dan garam

Gula berlebihan boleh akibatkan obesiti, sekali gus meningkatkan risiko penyakit buah pinggang.

Garam yang berlebihan dalam tubuh berpotensi mempercepatkan pembentukan batu buah pinggang.

4. Jadikan ikan sebagai diet harian

Ikan jenis memiliki kandungan asid Omega-3 dapat mengurangkan paras trigliserid seterusnya boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia juga mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (GDL).

5. Kurangkan makanan protein

Protein adalah nutrisi penting untuk memberi tenaga.

Bagaimanapun, pengambilan makanan yang memiliki protein tinggi seperti daging secara berlebihan boleh membebankan buah pinggang.

6. Elakkan merokok

Seperti kita ketahui rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang memberi kesan kepada kesihatan badan termasuk buah pinggang.

Tabiat buruk ini boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang, sekali gus mengurangkan fungsi organ itu.

KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.
KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.

7. Sering bersenam dan hidup aktif

Aktiviti ini dapat membantu mengekalkan tekanan darah normal dan memban

tu mengawal kandungan gula darah, sekali gus kurangkan risiko kencing manis serta tekanan darah tinggi yang mampu mencegah risiko penyakit buah pinggang kronik.

8. Jalani pemeriksaan secara berkala

Pemeriksaan awal buah pinggang sekurang-kurangnya setahun sekali dapat membantu mencegah penyakit ini menjadi lebih serius.

Jangan ambil mudah terhadap simptom awal masalah buah pinggang dan segera berjumpa doktor.

Perlu diingat, kebanyakan dalam masyarakat kita hanya menyedari menghidap penyakit buah pinggang ketika sudah berada di peringkat serius.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 6:30 AM