7. Rizal bersama resepinya. FOTO Ihsan Rizal Redzuan
7. Rizal bersama resepinya. FOTO Ihsan Rizal Redzuan
Hafiz Ithnin

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berjalan, nampaknya mereka yang khususnya bujang gemar melepak di kedai kopi bersama rakan-rakan untuk moreh selepas solat Tarawih, tidak lagi boleh dilakukan.

Meskipun keadaan kini sudah berubah, sebenarnya ada orang bujang yang boleh memasak makanan moreh sendiri dengan resipi cukup mudah sambil melepak bersama rakan serumah dan menonton televisyen.

Mungkin ia juga akan menjadi normal baharu selepas ini.

Berkongsi mengenai resipi yang dirasakan sesuai untuk bermoreh atau kudap-kudapan separa berat, Rizal Redzuan berkongsi cara-cara membuat Tauhu Bergedil Terbalik!

Katanya, resipi itu dicipta untuk mereka yang baru belajar memasak terutama orang bujang.

Apatah lagi, jarang ke dapur sebelum adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB kerana resipi Tauhu Bergedil Terbalik hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk disiapkan.

1. DAGING cincang 250 gram.
1. DAGING cincang 250 gram.

2. KENTANG dan daun sup.
2. KENTANG dan daun sup.

"Saya sendiri orang bujang, jadi apabila selesai solat Tarawih sebelum ini melepak di kedai makan, tetapi disebabkan PKP perlu memasak sendiri. Jadi, bermula dari situ saya mencuba pelbagai resipi termasuk mengilhamkan Tauhu Bergedil Terbalik ini.

"Selesai solat, ambil masa tidak sampai 20 minit, makanan panas untuk mengisi perut sudah boleh pun boleh dihidangkan dengan rakan serumah, katanya.

Di sini Rizal kongsikan resepi Tauhu Bergedil Terbalik buat anda semua, terutama orang bujang!

Bahan-bahan:

1. Kentang lima biji

2. Tauhu 10 biji

3. Daging cincang 250 gram

4. Bawang merah lima biji

5. Bawang putih empat ulas

6. Daun sup satu ikat

7. Lada hitam

3. TAUHU yang digoreng.
3. TAUHU yang digoreng.

4. BAWANG merah yang perlu ditumbuk.
4. BAWANG merah yang perlu ditumbuk.

Cara-cara:

1) Rebus kentang sehingga masak dan lenyekkan.

2) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga lumat.

3) Gorengkan daging cincang sehingga garing.

4) Masukkan bahan-bahan (2) dan (3) dalam bekas kentang yang sudah dilenyekkan.

5) Gaul sehingga sebati dan letakkan Maggi cukup rasa.

6) Sediakan tauhu, belah tengah dan isi tauhu dikeluarkan seterusnya sumbatkan inti kentang ke dalamnya.

7) Salutkan tauhu bersama telur dan goreng sehingga kekuningan.

8) Sedia dihidangkan untuk tiga orang. Lebih sedap dengan sambal kicap!

5. BAWANG putih antara bahan asas.
5. BAWANG putih antara bahan asas.

6. BAWANG merah dan putih yang siap dikupas.
6. BAWANG merah dan putih yang siap dikupas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 6:30 AM