8. SEDIA dihidangkan. FOTO Ihsan Zurina Zulkefli
8. SEDIA dihidangkan. FOTO Ihsan Zurina Zulkefli
Muhamaad Razis Ismail

TERDORONG memenuhi permintaan suami yang inginkan kelainan dalam masakan, seorang suri rumah mencuba untuk menghasilkan masakan dinamakan Ikan Kerapu Celup Tepung Masak 10 Rasa.

Zurina Zulkefli berkata, idea untuk menghasilkan masakan itu diperoleh selepas terjumpa satu resipi di Instagram.

Katanya, dia tertarik dengan resipi yang menggunakan gabungan gula melaka dan air asam.

"Sepanjang aktif memasak, saya tidak pernah tahu rasa kuah yang menggunakan dua campuran itu.

"Jadi saya mencuba resipi ini menggunakan ikan kerapu yang digoreng celup tepung.

"Ternyata rasa masakan ini sedap dan lain daripada yang lain, katanya.

Menurutnya, resipi ini mudah disediakan selain bahan-bahannya mudah diperoleh di kedai.

Tambahnya, dia sangat suka mencuba pelbagai jenis masakan seperti Korea dan Thailand.

"Saya juga suka ambil gambar dari bahan mentah dan cara penyediaan sebelum dimuat naik di Facebook dan Instagram.

"Alhamdulillah saya menerima maklum balas yang baik daripada rakan yang turut memperoleh manfaat dengan perkongsian mengenai masakan itu, katanya.

1. BAHAN-bahan yang diperlukan
1. BAHAN-bahan yang diperlukan

2. SEMUA bahan yang siap dipotong.
2. SEMUA bahan yang siap dipotong.

Bahan diperlukan

a) 1 ekor ikan kerapu

b) Tepung goreng serbaguna

c) 1 sudu besar pes asam jawa

d) 1 ketul mini gula melaka (ditumbuk hancur)

e) 1 mangkuk kecil sos ikan

f) 1 biji limau nipis (jus)

g) 1 biji bawang merah (hiris)

h) 5 tangkai lada kecil (potong kecil)

i) 1 biji tomato (potong dadu)

j) Daun ketumbar (diracik)

k) Bawang putih cincang

3. BAHAN yang dicampurkan dengan air panas untuk dijadikan kuah.
3. BAHAN yang dicampurkan dengan air panas untuk dijadikan kuah.

4. MASUKKAN daun ketumbar ke dalam kuah untuk rasa yang lengkap.
4. MASUKKAN daun ketumbar ke dalam kuah untuk rasa yang lengkap.

Cara memasak:

1. Mula-mula hasilkan kuah dahulu.

2. Campurkan air panas, asam jawa, gula melaka, sos ikan, jus limau nipis, hirisan bawang, lada, tomato dan boleh masukkan bawang putih goreng untuk menambahkan rasa.

3. Gaulkan semuanya dan tambah sedikit gula dan garam.

4. Jangan lupa racikkan daun ketumbar ke dalam kuah untuk rasa yang lebih lengkap.

5. Selepas itu, kelar bahagian badan ikan dan gaulkan dengan tepung serbaguna.

6. Goreng ikan dengan minyak yang panas sehingga warna keemasan.

7. Angkat ikan dan toskan minyak.

8. Akhir sekali tuangkan campuran kuah tadi ke atas ikan.

9. Sedia dihidang.

5. GAULKAN ikan dengan tepung.
5. GAULKAN ikan dengan tepung.

6. IKAN digoreng sehingga warna keemasan.
6. IKAN digoreng sehingga warna keemasan.

7. ANGKAT ikan dan toskan minyak.
7. ANGKAT ikan dan toskan minyak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2020 @ 6:30 AM