PANGGANG 6
PANGGANG 6
MASAKAN ayam dengan herba rosemary, thyme pikat selera.
MASAKAN ayam dengan herba rosemary, thyme pikat selera.
Siti Zarinah Sahib


MENYEDIAKAN hidangan sihat untuk seisi keluarga sememangnya sangat mudah. Hanya mengikut teknik memasak tanpa minyak, garam dan bahan perisa pastinya menu disediakan bukan sahaja enak tetapi mengandungi semua nutrisi diperlukan tubuh.

Menurut Zulfa Zainal Abidin, memasak dengan cara memanggang mampu memberikan kelebihan pada rasa masakan. Ini kerana ayam menjadi lebih lembut di dalam, serta rasa herba yang memberikan aroma melazatkan.

"Untuk resipi kali ini saya menggunakan daun rosemary segar dan thyme yang banyak digunakan dalam masakan cara Barat.

"Kedua-dua bahan ini saya tumis menggunakan mentega sebelum dilumur ke atas ayam. Aroma rosemary dan thyme ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia mengeluarkan bau lazat dan serta rasa memikat," katanya.

Bagi mereka yang tidak mahu mengambil nasi, menu ini sangat sesuai untuk mereka. Ini kerana kepelbagaian sayuran seperti jagung, asparagus, kentang, keledek dan lobak merah sudah cukup lengkap dengan gizi seimbang.

"Karbohidrat datang daripada kentang dan keledek, serat daripada salad, herba mengandungi protein sekali gus memberikan keseimbangan nutrisi kepada mereka," katanya.

Namun bagi mengelak sayuran kehilangan zat ketika proses memasak, jagung dan asparagus perlulah dimasukkan hanya pada tujuh minit terakhir bagi mengekalkan kesegarannya. Bakar pada suhu 250 darjah Celsius selama satu setengah jam bergantung kepada ukuran ayam.

BAHAN-BAHAN:

- 1 ekor ayam

- 1/2 sudu mentega

- 1 sudu minyak zaitun

- 1 paket rosemary segar

- 1 paket thyme segar

- 1/2 labu bawang putih

- Garam secukup rasa

- Serbuk lada hitam (seeloknya dikisar sendiri)

- Serbuk cili secukup rasa

SEDIAKAN bahan-bahan.
SEDIAKAN bahan-bahan.

Sayur-sayuran:

- 1 biji bawang Holland dipotong baji

- 1 biji kentang

- 1 biji keledek oren

- Sedikit cendawan butang

- Lobak merah

1. BAHAN utama menyediakan ayam panggang termasuk mentega, ayam, minyak zaitun dan sayur-sayuran.

2. AYAM bergantung kepada bahagian kegemaran anda.

PILIH ayam segar.
PILIH ayam segar.

3. JAGUNG, keledek, lobak merah dan kentang.

PANGGANG 3
PANGGANG 3

4. CINCANG bawang putih, rosemary dan thyme. Panaskan mentega dan minyak zaitun.

PANGGANG 4
PANGGANG 4

5. TUMIS bahan cincang. Apabila sudah naik masukkan garam, lada hitam dan serbuk cili. Tumiskan sekejap.

PANGGANG 5
PANGGANG 5

6. LUMUR bahan tadi pada ayam secukupnya. Panggang dalam ketuhar sehingga masak.

PANGGANG 7
PANGGANG 7

7. AYAM panggang yang enak dan berkhasiat sedia untuk dimakan.

SEDIA untuk dimakan.
SEDIA untuk dimakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 5:00 AM