LAKUKAN tindakan sesuai untuk mengawal penggunaan gajet anak.
LAKUKAN tindakan sesuai untuk mengawal penggunaan gajet anak.
Siti Nadirah Hafidzin

MEMBIARKAN si kecil tersayang bermain gajet tanpa had bukan perkara yang perlu dibanggakan, mahu atau tidak setiap ibu bapa perlu akui gajet mempunyai kelebihan juga kelemahannya tersendiri apatah lagi sekiranya menggunakannya tanpa kawalan.

Menurut Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Hazhari Ismail, ibu bapa yang ‘terlanjur’ memberi gajet tanpa kawalan dan peraturan tentunya berasa kesal selain bimbangkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Mahu berpatah semula pastinya mustahil dan tidak semudah disangka. Untuk membolehkan kanak-kanak berubah 360 darjah daripada menggunakan gajet kepada tidak menggunakannya langsung adalah sesuatu yang sungguh mencabar.

Hazhari menyenaraikan cadangan terbaik dalam usaha mengawal penggunaan gajet si anak:

1. Tetapkan peraturan masa.

Gajet hanya boleh digunakan selama satu jam setiap hari atau hanya pada hujung minggu.

Ibu bapa boleh menjangkakan ada sedikit ‘pemberontakan kecil’ di peringkat permulaan.

2.Terangkan kenapa gajet tidak boleh digunakan secara jelas.

Anak-anak perlukan penjelasan yang baik kenapa gajet boleh memberikan keburukan kepada mereka.

3. Pengukuhan secara positif (positive reinforcement).

Ia adalah satu keadaan diminta kanak-kanak diberikan ‘habuan’ jika sesuatu tugas dapat diselesaikan untuk meningkatkan tingkah laku yang baik.

Contohnya, kanak-kanak hanya diberikan gajet (habuan) sekiranya, selesai mengemas tempat tidur atau kerja sekolah disiapkan.

MEMBERIKAN anak bermain gajet bukan satu yang boleh dibanggakan.
MEMBERIKAN anak bermain gajet bukan satu yang boleh dibanggakan.

4. Bantu anak di dalam proses transisi.

Anda mahu menghentikan bermain gajet yang sudah menjadi tabiatnya.

Ia tidak boleh berlaku secara mengejut.

5. Sibukkan anak-anak dengan aktiviti bersama keluarga.

Curi dan luangkan masa yang ada untuk perbanyakkan interaksi sesama keluarga terutama ibu bapa bekerja.

6. Jumpa pakar kanak-kanak.

Jika proses memberhentikan penggunaan gajet ini memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap perkembangan mereka seperti kesihatan mental dan tingkah laku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 7:01 AM