SELAIN harga yang mampu milik, faktor fleksibiliti bekerja  menjadi pemacu utama bagi lebih ramai pencari hartanah mencari perumahan di luar Lembah Klang.
SELAIN harga yang mampu milik, faktor fleksibiliti bekerja menjadi pemacu utama bagi lebih ramai pencari hartanah mencari perumahan di luar Lembah Klang.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kawasan pesat membangun di luar Lembah Klang seperti Ipoh, Perak, Kuching, Sarawak, Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan semakin mendapat tarikan dalam kalangan bakal pembeli serta pelabur hartanah di negara ini.

Selain harga yang mampu milik, faktor fleksibiliti bekerja menjadi pemacu utama bagi lebih ramai pencari hartanah mencari perumahan di luar Lembah Klang.

Kawasan itu juga mencatatkan bilangan carian tertinggi oleh pengunjung yang melayari hartanah untuk dijual di laman sesawang iProperty.com.my antara Januari dan November tahun lalu.

Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan cabaran ekonomi akibat Covid-19 memberi kesan kepada aktiviti pembelian rumah sejak dua tahun kebelakangan ini apabila pembeli mengamalkan sentimen lebih berhati-hati.

Kata beliau, dengan usaha kerajaan Malaysia menangani pandemik itu serta landskap politik yang semakin stabil, adalah menarik untuk melihat kawasan kediaman yang mana akan dipertimbangkan oleh pembeli dan pelabur pada masa hadapan.

Katanya, pada tahun 2022 lebih ramai pelabur dan pembeli mempertimbangkan hartanah kediaman di kawasan yang terletak di luar Lembah Klang.

"Terdapat tiga lokasi yang tidak pernah menduduki senarai tahunan laman sesawang itu dan pemerhatian menunjukkan bahawa pandemik turut mendorong ramai pembeli untuk mengambil kira gaya hidup serta tempat mereka bekerja.

"Trend gaya kerja hibrid dan bekerja dari rumah membolehkan orang ramai mengutamakan persekitaran hidup yang lebih baik untuk membesarkan anak-anak, duduk berdekatan dengan ahli keluarga serta mengutamakan kesihatan mental.

"Apapun 2023 adalah tahun yang menarik untuk kita meramal sama ada hartanah kediaman di luar bandar utama atau kawasan kegemaran ramai akan terus mendapat tarikan dalam kalangan pembeli dan pelabur rumah," katanya.

Dalam pada itu, lokasi yang menjadi pilihan pencari hartanah itu cenderung menawarkan rumah bertanah mampu milik dalam persekitaran yang mesra keluarga.

Data transaksi hartanah terkini daripada brickz turut disediakan untuk mempamerkan hartanah kediaman yang dibeli pengguna di setiap kawasan.

KAWASAN pesat membangun di luar Lembah Klang seperti Ipoh, Kuching,  Port Dickson dan Seremban,  semakin mendapat tarikan dalam kalangan bakal pembeli serta pelabur hartanah di negara ini.
KAWASAN pesat membangun di luar Lembah Klang seperti Ipoh, Kuching, Port Dickson dan Seremban, semakin mendapat tarikan dalam kalangan bakal pembeli serta pelabur hartanah di negara ini.

Sementara itu, kawasan yang paling dicari pada tahun lalu adalah Ipoh dengan peratusan carian, 19.5 peratus.

Ibu kota negeri Perak itu juga dikenali sebagai hab makanan tempatan selain warisan, bangunan dan mercu tanda bersejarahnya masih kekal terpelihara.

Bandaraya yang berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan kawasan itu merekodkan 1,916 transaksi merentas semua jenis hartanah kediaman pada tahun lalu. Kebanyakannya membabitkan kediaman bertanah dengan harga median RM280,000.

Petaling Jaya, Selangor pula mengikuti rapat di tangga kedua dan ia terkenal dengan akses terbaik di kawasan tengah Lembah Klang.

Disebabkan lokasi yang strategik, harga hartanah di Petaling Jaya berada pada hujung spektrum harga yang lebih tinggi.

Kawasan Cheras, Selangor turut menjadi pilihan pencari hartanah dan berada di kedudukan ketiga sejak tahun 2021.

Ia adalah kawasan kediaman yang popular kerana lokasinya yang berpusat, hampir dengan ibu kota dan pilihan rumah mampu milik untuk dimiliki sendiri atau disewa.

Selain itu, kemudahan pengangkutan awam juga juga memberi tarikan dengan 11 hentian Transit Aliran Massa (MRT) sekitar Cheras sahaja.

SELAIN harga yang mampu milik, faktor fleksibiliti bekerja  menjadi pemacu utama bagi lebih ramai pencari hartanah mencari perumahan di luar Lembah Klang.
SELAIN harga yang mampu milik, faktor fleksibiliti bekerja menjadi pemacu utama bagi lebih ramai pencari hartanah mencari perumahan di luar Lembah Klang.

Bandaraya Johor Bahru, Johor berada di kedudukan keempat dan terus popular disebabkan jaraknya yang berdekatan dengan Singapura.

Kediaman kejiranan berhampiran Bangunan Sultan Iskandar, kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), merangkumi kebanyakan urus niaga sepanjang tahun lalu.

Kawasan matang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, Puchong, Selangor pula berada di tempat kelima senarai kawasan paling dicari tahun lalu.

Ia mempunyai akses yang baik melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) bagi membolehkan penduduk keluar masuk ke Subang Jaya dan Kelana Jaya dengan mudah selain memiliki banyak pusat membeli-belah.

Pencari hartanah turut memilih Kuching, Sarawak sebagai destinasi carian mereka Kuching berkembang menjadi hab kediaman berpotensi untuk pencari hartanah yang mencari kualiti hidup lebih baik dan rumah mampu milik selepas pandemik.

Kawasan pelancongan, Port Dickson di Negeri Sembilan turut menjadi pilihan khususnya bagi yang gemar untuk menetap berhampiran pantai atau dalam persekitaran lebih santai.

Berbanding dengan Kuala Lumpur, harga median rumah teres di Port Dickson adalah hanya RM200,000.

Mont Kiara, Kuala Lumpur juga kembali memasuki senarai kawasan yang paling dicari pada 2022 selepas penampilan terakhirnya pada 2018.

TREND gaya kerja hibrid dan berkerja dari rumah  membolehkan orang ramai mengutamakan persekitaran hidup yang lebih baik untuk membesarkan anak-anak, duduk berdekatan dengan ahli keluarga serta mengutamakan kesihatan mental.
TREND gaya kerja hibrid dan berkerja dari rumah membolehkan orang ramai mengutamakan persekitaran hidup yang lebih baik untuk membesarkan anak-anak, duduk berdekatan dengan ahli keluarga serta mengutamakan kesihatan mental.

Popular dalam kalangan ekspatriat untuk gaya hidup berkualiti yang ditawarkan, Mont Kiara terkenal dengan infrastrukturnya dan pilihan sekolah antarabangsa yang baik.

Shah Alam, Selangor turut muncul dalam senarai kawasan yang paling dicari setiap tahun sejak 2018.

Ia adalah pilihan yang popular dalam kalangan pembeli rumah kerana persiarannya yang terancang, persekitaran tenang, dan akses yang mudah.

Seremban bagaimanapun berjaya memasuki senarai buat kali pertama dan salah satu sebab mengapa ia menjadi pilihan ramai ialah ketersediaan ruang kediaman yang lebih berpatutan dan luas, terutamanya apabila berkerja dari rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 7:00 AM