RUMAH bertanah yang lebih luas dan besar kini menjadi pilihan pembeli sejak pandemik Covid-19.
RUMAH bertanah yang lebih luas dan besar kini menjadi pilihan pembeli sejak pandemik Covid-19.
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my


SEIRING norma baharu masyarakat di negara ini yang bekerja dari rumah sejak tercetusnya pandemik Covid-19, jenis hartanah pilihan pembeli turut berubah.

Aliran terkini itu dicerminkan data transaksi daripada suku pertama tahun 2021, yang mendedahkan pembeli lebih menggemari unit lebih besar dan luas dalam lingkungan RM300,000 hingga RM500,000.

Selain itu, unit bertanah juga menjadi pilihan pembeli berbanding unit bertingkat tinggi pada suku pertama 2021, dengan rumah teres menyumbang kepada 54 peratus transaksi di negara ini diikuti dengan hartanah jenis kondominium atau pangsapuri (18 peratus).

Pengarah Urusan PropertyGuru DataSense,
Joe Hock Thor berkata, disebabkan ramai pekerja tidak perlu lagi ke pejabat setiap hari, mereka dapat memilih kawasan lebih jauh, kurang padat dengan susun atur yang lebih luas bagi memuatkan ruang tambahan sebagai pejabat di rumah.

Kata beliau, pihaknya mendapati, keperluan terhadap unit hartanah yang lebih luas dan besar turut mencetuskan peralihan kepada rumah teres dan hartanah di pinggir pusat bandar.

Ia sekali gus merancakkan kembali transaksi dalam kategori pembandaran kecil pada suku pertama tahun 2021

"Kami percaya trend itu akan berterusan sehingga ke separuh kedua tahun 2021.

"Sebahagian besar 10 projek teratas dengan jumlah transaksi tertinggi pada suku ini adalah kawasan-kawasan yang terletak jauh dari pusat bandar dalam perbandaran serba lengkap contohnya Bukit Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung di Rawang, Selangor dan Bandar Putra di Kulai, Johor, " katanya.

Pada November tahun, PropertyGuru Group mengambil alih syarikat data hartanah, MyProperty Data sekali gus melanjutkan misinya bagi menyokong aspirasi pemilikan rumah rakyat Malaysia.

Seiring pengambilalihan strategik itu, MyPropertyData dijenama semula sebagai sebahagian daripada PropertyGuru DataSense.

SEBAHAGIAN besar 10 projek teratas dengan jumlah transaksi tertinggi pada suku ini adalah kawasan yang terletak jauh dari pusat bandar dalam perbandaran serba lengkap seperti Bukit Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung di Rawang, Selangor serta Bandar Putra di Kulai, Johor.
SEBAHAGIAN besar 10 projek teratas dengan jumlah transaksi tertinggi pada suku ini adalah kawasan yang terletak jauh dari pusat bandar dalam perbandaran serba lengkap seperti Bukit Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung di Rawang, Selangor serta Bandar Putra di Kulai, Johor.

Laporan Maklumat Terkini Pasaran Harta Suku Pertama adalah sebahagian daripada komitmen berterusan PropertyGuru DataSense bagi menerajui pendemokrasian data hartanah di Malaysia susulan penjenamaan semula.

Ia adalah bahagian analisis dan penyelesaian data PropertyGuru yang menampilkan intipati pandangan berlandaskan transaksi pasaran hartanah kediaman di negara ini.

Dalam pada itu, laporan berkenaan mendapati, jumlah transaksi hartanah kediaman pada suku pertama tahun 2021 menyaksikan penurunan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 44.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pembeli rumah kali pertama (FHB) didapati menyumbang kepada sebahagian besar transaksi hartanah di seluruh Malaysia, iaitu 61.2 peratus.

PEMBELI rumah kali pertama (FHB) didapati menyumbang kepada sebahagian besar transaksi hartanah di seluruh Malaysia, iaitu 61.2 peratus.
PEMBELI rumah kali pertama (FHB) didapati menyumbang kepada sebahagian besar transaksi hartanah di seluruh Malaysia, iaitu 61.2 peratus.

FHB turut mengatasi pembelian oleh pelabur di tiga pasaran hartanah utama di negara ini iaitu di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang dengan masing-masing sebanyak 13.2 peratus, 65.2 peratus dan 0.08 peratus.

Hock Thor berkata, berikutan peningkatan kebimbangan terhadap kes Covid-19 dan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih lemah daripada jangkaan, tidak hairan apabila keyakinan masyarakat berkurang terhadap pasaran dan penurunan YoY dalam transaksi hartanah kediaman pada suku pertama tahun ini.

"Namun, pelbagai insentif yang diberikan seperti Skim Rumah Pertama dan Kempen Pemilikan Rumah sedikit sebanyak mendorong pembeli rumah kali pertama mengorak langkah ke arah pemilikan rumah," katanya.

Menurut beliau lagi, sub jualan juga didapati mendominasi pasaran pada suku tahun ini dengan ramai pemilik hartanah menjual aset mereka pada harga kompetitif untuk memperoleh wang tunai,.

Ia secara tidak langsung membolehkan FHB dan pelabur lain membuat pembelian pada harga di bawah nilai pasaran.

Pemerhatian itu ketara khususnya di kawasan Lembah Klang yang mencecah rekod transaksi sub jualan tertinggi dalam tempoh tiga tahun, iaitu 83.72 peratus.

SUB jualan juga didapati mendominasi pasaran pada suku tahun ini dengan ramai pemilik hartanah menjual aset mereka pada harga kompetitif untuk memperoleh wang tunai.
SUB jualan juga didapati mendominasi pasaran pada suku tahun ini dengan ramai pemilik hartanah menjual aset mereka pada harga kompetitif untuk memperoleh wang tunai.

Kata Hock Thor, bagi FHB, pembelian di pasaran sekunder bukan sahaja bermaksud rumah yang berkualiti di lokasi yang
baik tetapi juga bajet yang lebih kecil.

Katanya, kenyataan itu sejajar dengan dapatan Kajian Sentimen Pengguna Separuh Pertama 2021, bahawa majoriti penggemar hartanah sub-jualan menyatakan kemampuan mencari lokasi dan persekitaran sebelum membeli (55 peratus) dan urusan pembelian dengan bajet yang lebih kecil (39 peratus) sebagai faktor utama pilihan mereka.

"Hartanah sub jualan biasanya menarik minat pelabur yang lebih berpengalaman kerana boleh membuat bayaran pendahuluan, yang memudahkan pelaburan dalam beberapa hartanah.

"Pasaran sekunder juga dapat meningkatkan akses kepada hartanah khususnya unit bertanah di lokasi yang lebih baik.

"Berikutan kehabisan bank tanah, pembangunan baharu biasanya dijalankan di lokasi lebih terpencil yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk pelabur menikmati pulangan daripada kenaikan nilai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 7:01 AM