PEMANDANGAN musim luruh di Lembah Hunza ketika berada di Karimabad.
PEMANDANGAN musim luruh di Lembah Hunza ketika berada di Karimabad.
POTRET penjaga kubu Baltit, Salahuddin di Karimabad Passu.
POTRET penjaga kubu Baltit, Salahuddin di Karimabad Passu.
KANAK-KANAK sekolah yang ditemui penulis diajak bergambar kenangan di Lembah Hopper.
KANAK-KANAK sekolah yang ditemui penulis diajak bergambar kenangan di Lembah Hopper.
Aizuddin Saad


TUJUH tahun lalu penulis melakukan pengembaraan Laluan Sutera melalui jalan darat menerusi tiga negara iaitu China, Pakistan dan India.

Kini sekali lagi penulis berpeluang kembali mengembara ke Pakistan selama lapan hari.

Penulis memutuskan untuk mengembara sekitar kawasan utara Pakistan, wilayah Gilgit-Baltistan selama lima hari, melawat daerah Hunza, Nagar dan Gilgit bermula dari Islamabad ke Gilgit menaiki pengangkutan awam iaitu bas selama 18 jam susulan perkhidmatan penerbangan yang sering tergendala.

Antara tiga negara sebelum ini yang saya lawati, Pakistan yang adalah negara yang paling mencabar untuk diterokai kerana kemudahan infrastruktur yang masih membangun terutama kemudahan jalan raya yang kurang baik, penggunaan bekalan elektrik yang sering terputus dan liputan perkhidmatan Internet serta telekomunikasi sangat terhad terutama di wilayah Gilgit-Baltistan.

Di sebalik cabaran itu, Pakistan memberikan pengalaman luar biasa buat diri saya apabila disajikan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan terutama pemandangan banjaran Gunung Karakoram dengan ketinggian melebihi 7,000 meter sekitar kawasan wilayah Gilgit-Baltistan.

Majoriti penduduk tempatan terdiri daripada etnik Wakhi yang lebih mesra apatah lagi mengetahui penulis datang dari Malaysia.

Mereka amat menyanjungi negara kita terutama setiap kali penulis menyebut dari Malaysia dan terus mereka berkata, "Malaysia is Mahathir Mohamad."

PELANCONG menyaksikan pemandangan kawasan pergunungan Passu yang terkenal sepanjang perjalanan.
PELANCONG menyaksikan pemandangan kawasan pergunungan Passu yang terkenal sepanjang perjalanan.

Bagi saya, nama Malaysia cukup gah dan disayangi rakyat Pakistan. Mereka berharap Pakistan akan menjadi sebuah negara pesat membangun dan moden seperti Malaysia.

Seterusnya, masa yang terbaik untuk teroka Pakistan Utara terutama kawasan wilayah Gilgit-Baltitstan adalah musim luruh dan pelancong tempatan kurang mengunjungi pada musim itu disebabkan pelancong tempatan lebih gemar melawat Gilgit-Baltistan pada musim panas.

Ia menjadikannya suasana kembara lebih tenang dan kurang sesak untuk menerokai wilayah ini.

Justeru itu, ia membolehkan saya merasai pengalaman dengan lebih dekat terhadap alam semula jadi dan budaya tempatan.

JAMBATAN gantung di Kampung Hussaini menjadi tarikan buat pelancong berlatarkan pergunungan.
JAMBATAN gantung di Kampung Hussaini menjadi tarikan buat pelancong berlatarkan pergunungan.

Antara aspek wilayah Gilgit-Baltistan yang paling menawan pada musim luruh ialah perubahan warna dedaun.

Hutan pokok poplar dan lembah yang subur berubah menjadi kaleidoskop warna merah, oren dan keemasan apabila daun pokok berubah warna.

Pemandangan semula jadi ini benar-benar memukau dengan dapat melihat dan mensyukuri anugerah ciptaan Allah.

Wilayah ini terkenal dengan langit musim luruh yang cerah dan kurang berawan. Penglihatan yang jelas memberikan pemandangan pergunungan Karakoram di sekeliling amat menakjubkan termasuk beberapa puncak tertinggi di dunia seperti Gunung Rakaposhi.

PENGELUARAN kentang di Lembah Hopper, Nagar antara hasil pertanian utama untuk pasaran kentang di Pakistan.
PENGELUARAN kentang di Lembah Hopper, Nagar antara hasil pertanian utama untuk pasaran kentang di Pakistan.

Pemandu yang dikenali sebagai Haider turut berkata, "Anda sangat bertuah melawat Gilgit-Baltistan ketika ini kerana langit sangat biru dan tiada kumpulan awan mengganggu untuk melihat puncak gunung tertinggi dengan jelas sekali. Bukan mudah untuk dapat menikmati cuaca seperti ini."

Misi utama dalam pengembaraan ke Gilgit-Baltistan kali ini adalah untuk menjejakkan kaki ke sempadan Pakistan-China pada ketinggian 4,937 meter dengan merentasi Lintasan Khunjerab yang berbahaya dan terletak di celah banjaran pergunungan Karakoram.

Lintasan Khunjerab sejauh 90 kilometer dari sempadan China-Pakistan hingga pekan Sost adalah sebahagian laluan lebuh raya Karakoram yang tertinggi di dunia.

Kesimpulannya, keindahan Gilgit-Baltistan ketika musim luruh adalah gabungan warna cerah, cuaca yang menyenangkan dan langit membiru.

KANAK-KANAK bermain kriket yang menjadi sukan paling popular di Pakistan di Lembah Pissan, Nagar.
KANAK-KANAK bermain kriket yang menjadi sukan paling popular di Pakistan di Lembah Pissan, Nagar.

Selain berpeluang berhubung dengan alam semula jadi dalam bentuk yang paling mempesonakan dengan daya tarikan semula jadi bagi mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2023 @ 6:40 AM