JUALAN barangan kelab.
JUALAN barangan kelab.
BERKHEMAH sambil menghayati alam sekitar.
BERKHEMAH sambil menghayati alam sekitar.
AKTIVITI tahunan meriah.
AKTIVITI tahunan meriah.
Lizam Ridzuan


SERAMAI 200 pserta daripada Kelab Pemilik Land Rover Malaysia (LROM) menyertai acara Jamboree Ulang Tahun ke-26 mereka yang diadakan di Petai Jungle Lodge, Karak, Pahang baru-baru ini.

Peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura hadir bagi memeriahkan acara ini dengan lebih 60 kenderaan datang memeriahkan acara.

Menurut presidennya, Rate De Silva berkata acara ini terbuka kepada semua pemilik Land Rover dan pacuan empat roda (4x4) daripada pelbagai model klasik dan moden yang akan berkhemah dalam suasana yang santai sambil menghayati keindahan alam sekitar dan suasana hutan.

"Selain aktiviti perkhemahan, juga diadakan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, jualan barangan merchandise kelab serta aktiviti barbeku," katanya.

Program selama tiga hari itu juga menyediakan aktiviti lain yang menarik seperti teknik pemanduan 4x4, senaman, teknik bantuan kecemasan dan sesi taklimat berkaitan isu alam sekitar.

Bagi menyediakan suasana perkhemahan gaya 'glamping' juga disediakan trak kopi selain penyertaan orang asal setempat dan dari Grik, Perak yang memasak dan menjual makanan di kawasan kem perkhemahan itu selain mengendalikan beberapa aktiviti.

ANTARA model Defender unik yang hadir.
ANTARA model Defender unik yang hadir.

"Kami juga mengadakan sesi lelongan barangan daripada kalangan ahli sebagai mengumpul dana untuk kelab LROM," katanya.

Rate juga berkata program Jamboree Kelab Pemilik Land Rover Malaysia akan diadakan setiap tahun bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli tanpa mengira latar belakang pekerjaaan dan bangsa.

Selain dapat berkongsi pelbagai kisah, ia juga sebagai platform terbaik dalam kalangan ahli menyalurkan tips dan teknik penjagaan kereta terutama Land Rover daripada model Defender klasik yang sememangnya unik dengan gaya tersendiri.

Antara model-model 4X4 yang hadir ialah Land Rover Series 1 hingga Series 3, Range Rover Vogue, LR Discovery Td5, LR Discovery Sport, LR Defender Double Cab, LR Defender Wagon, LR Defender Single Cab, LR Defender 6x6, Toyota Hilux, Toyota FJ, Mitsuibishi Tritondan Toyota Land Cruiser Classic dari Singapura.

ANTARA ahli yang hadir bersama keluarga.
ANTARA ahli yang hadir bersama keluarga.

LROM juga aktif dalam aktiviti kebajikan dan amal terutama ketika musim perayaan dengan menyampaikan sumbangan serta misi bantuan bencana banjir dan alam.

Kelab ini ditubuhkan pada 1997 dan kini mempunyai lebih 55 ahli aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2023 @ 6:20 AM