STREETFIGHTER V4 dan V4S baharu.
STREETFIGHTER V4 dan V4S baharu.
Lizam Ridzuan


BUKAN sahaja mewah tapi penuh dengan ciri prestasi menjadikan tiga model terbaharu bernadikan enjin V4 diperkenalkan oleh Ducati Malaysia, baru-baru ini.

Ia terdiri model Diavel V4, Panigale V4 SP2 dan Streetfighter V4/S baharu yag menyerlahkan tiga gaya tunggangan hasil kejuruteraan dan teknologi jentera perlumbaan.

Untuk model Diavel V4 ialah gabungan cruiser dan naked tampil rekaan lebih maskulin dan sporty serta posisi menunggang lebih santai.

Ia dijana enjin 1,158cc V4 90ยบ Granturismo baharu menjana 168 kuasa kuda (hp) pada 10,500rpm dan tork 126Nm pada 7,500rpm serta transmisi 6 kelajuan.

Antara yang ciri baharu lain dengan rekaan tangki baharu 20 liter lebih bersegi dengan garis sporty, lampu nyalaan siang (DRL) unik dengan lampu LED Matrix pada bahagian belakang, serta tampil ebih ringan 13 kilogram (kg) daripada model Diavel 1260 S sebelum ini menerusi kerangka aluminium monocoque.

Ia juga dengan empat mod tunggangan serta satu yang terbaharu (Wet), mod kuasa, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh, Kawalan Cengkaman Ducati, Kawalan Wheelie Ducati dan Ducati Quick Shift.

Ia ditawarkan pada harga RM178,900 (Red) dan RM181,900 (Thrilling Black).

Model Streetfighter V4/S juga diperkenalkan dalam pelancaran ini sebagai jentera segmen prestasi super sports naked dengan rekaan yang agresif dan minimalis menyerlahkan gaya wajah. 'joker; pada bahagian hadapan.

Ia juga dengan tangki bahan api 16.5 liter pertambahan 0.5 liter berbanding sebelumnya dengan rekaan lebih ergonomik dengan penggayaan kerusi tunggal (monoposto).

Model baharu ini juga dengan fairing hadapan sisi perekat V4 dijana enjin 1,103 cc Desmosedici

DIAVEL dengan lampu belakang LED unik.
DIAVEL dengan lampu belakang LED unik.

Stradale untuk 208 kuasa kuda (hp) pada 9,500 rpm dan tork 123Nm pada 9,500 rpm.

Enjin baharu ini juga diberi 'calibration' untuk prestasi jalanan lebih baik dan selamat yang mula diperkenalkan pada Panigale V4 yang dilancarkan pada 2022.

Terdapat empat mod kuasa iaitu Full, High, Medium, Low untuk dipadankan dengan Desmosedici Stradale iaitu watak enjin untuk pengalaman menunggang larasan mengikut ketetapan individu itu sendiri.

Ia juga dengan 4 mod tunggangan dan yang terbaharu juga dengan ciri Wte bagi keyakinan lebih tinggi ketika cuaca lembab atau hujan.

Ciri lain dengan meter TFT bersaiz 5 inci resolusi tinggi sama yang terdapat pada Panigale V4 bagi paparan pelbagai maklumat perjalanan termasuk Track EVO untuk kegunaan litar dan Pivot lengan ayun ditinggikan 4 milimeter (mm) untuk pengendalian lebih baik.

Untuk pasaran Malaysia Streetfighter V4 dijual pada harga RM141,900 dan V4 S - RM165,900 (atas jalan tanpa insurans).

WINGLETS gentian karbon.
WINGLETS gentian karbon.

Sebuah lagi jentera super sports prestasi Panigale V4 SP2 juga ditawarkan di negara ini yang direka khusus bagi tunggangan litar, sesuai memenuhi keperluan pelbagai peringkat penunggang segmen ini.

Antara ciri yang terdapat pada model ini perekat menyerlah konsep "Winter Test" yang dipadankan dengan warna hitam kusam dan elemen gentian karbon dan corak sayap dan bendera Itali.

Model ini juga dengan nombor siri edisi yang dicetak menggunakan lazer pada stem steering aluminium dan ia dijana dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 daripada MotoGP menawarkan 215.5 kuasa kuda (hp) pada 13,000 rpm dan tork 123.6Nm ada 9,500rpm.

Model ini juga dengan roda Marchesini Magnesium lebih ringan 1kg daripada V4S, klac kering STM EVO SBK, pemijak kaki Machined Billet Racing, Brembo MCS Master cylinder untuk membrek dengan lebih baik dan bahagian gentian karbon terdiri daripada Winglets dan Mudguard hadapan.

Untuk pasaran Malaysia Panigale V4 SP2 dijual pada harga RM299,900.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2023 @ 6:30 AM