Lizam Ridzuan


MENYERLAH dengan gaya crossover untuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) adalah ciri utama untuk model Toyota Innova Zenix Serba Baharu yang dilancarkan untuk pasaran tempatan baru-baru ini.

Ia didatangkan dengan dua varian menerusi Innova Zenix 2.0V (lapan tempat duduk) dan Zenix 2.0 HEV (tujuh tempat duduk) serta dua pilihan enjin pembakaran

enjin pembakaran dalaman (ICE) dan Hibrid yang dibangunkan atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA).

Ia kini dengan enjin 2.0 liter M20A Dynamic Force (sama yang digunakan oleh model Harrier) dengan kuasa 174PS dan tork 205Nm (ICE) dan untuk HEV dengan kuasa 186PS dan 188Nm.

Transmisi dilengkapi dengan e-CVT untuk HEV dan CVT 10 kelajuan (direct shift) untuk model ICE.

Model ini adalah unit import sepenuhnya (CBU) dari Indonesia yang kini tampil dengan elemen lebih premium dan moden serta berbeza dengan varian Innova CG standard yang masih ditawarkan sehingga diumumkan kelak.

Untuk dimensi, rekaan Innova Zenix ini meskipun saiznya tidak banyak beza, namun ia adalah 20 milimeter (mm) lebih panjang, 15mm (lebar) dan 100mm (jarak antara roda) dan ketinggian adalah sama.

Namun, ia diserlahkan dengan gril hadapan bentuk trapezium dengan corak heksagon dan lampu hadapan LED serta rim aloi 18 inci 225/50.

Pada bahagian belakang juga tampil gaya lebih sporty dengan lampu LED dan pintu kuasa elektrik serta spoiler atas bersepadu menambah gaya.

TAMPIL lebih gaya.
TAMPIL lebih gaya.

Untuk ruang kabin dengan kualiti material lebih baik pada papan pemuka dan kemasan dalaman lain.

Untuk varian HEV dengan kerusi kapten pada baris kedua yang dilengkapi meja sisi yang juga memudahkan urusan keluar dan masuk untuk penumpang baris ketiga.

HEV juga menerima bumbung panorama menambah sentuhan kemewahan untuk model ini.

Jika kerusi baris ketiga dijatuhkan dengan nisbah 60:40 membolehkan lebih banyak ruang iaitu 50:50 dalam kenderaan.

Untuk varian Zenix 2.0 V dengan baris tengah untuk tiga penumpang adalah yang membezakan dua varian ini selain tidak didatangkan dengan bumbung panorama.

Sistem hiburan dengan skrin sesentuh Capacitive bersaiz 10.1 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto selain USB dan Bluetooth.

Untuk pemandu dengan meter Paparan Maklumat Pelbagai (MID) bersaiz tujuh inci berwarna penuh dengan perbezaan susun atur mengikut varian untuk pelbagai ciri termasuk yang terbaharu menerusi sistem Amaran Tanda Jalan.

ELEMEN kabin sentuhan mewah.
ELEMEN kabin sentuhan mewah.

Ciri ruang dalaman lain seperti penyaman udara automatik, USB dan dua soket dan baris ketiga boleh direndahkan penyandar sertai bila dijatuhkan adalah lebih landai dan menambah ruang, berbanding model CG yang kerusi dilipat ke tepi.

Sistem keselamatan Toyota (TSS) 3.0 dengan pengesan kamera yang meningkatkan sudut pengesan serta jarak dan ia adalah model Toyota pertama di Malaysia menerima ciri ini.

Untuk pasaran Malaysia, Toyota Innova Zenix Serba Baharu dijual pada harga RM165,000 (2.0V) dan RM202,000 (2.0HEV) (semua harga atas jalan tanpa insurans) yang sudah boleh ditempah di semua pengedar sah Toyota di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 6:00 AM