Lizam Ridzuan


SELEPAS pelancaran Honda Civic 2022 yang juga generasi ke-11 untuk model ini, varian Civic Hatchback pula didedahkan sudah pun berada di cawangan pengedar Honda di Amerika Syarikat (AS).

Rekaan luaran Civic Hatchback dengan sentuhan gaya sportback Eropah menampilkan konsep porty

asas yang sama dengan versi sedan, namun 125 milimeter (mm) lebih pendek pada bahagian belakang.

Pintu belakangnya 50mm lebih rendah manakala keluasannya ditambah 40mm.

Ia dibina menggunakan struktur komposit ringan bagi mengurangkan ukuran bukaan untuk garis pada bumbung dan lebih rapat seakan gaya coupe.

Rekaan bampar hadapan serta gril 'sarang lebah' dengan ciri lima pintu menambahkan 'rasa geram' pada model ini.

Pada masa sama, rekaan lampu belakangnya lebih sporty, malah dilengkapi dengan diffuser dan ekzos berkembar lingkaran trapezoid.

CIVIC Hatchback 2022.
CIVIC Hatchback 2022.

KABIN sentuhan ringkas dan premium.
KABIN sentuhan ringkas dan premium.

Civic Hatchback ditawarkan menerusi dua pilihan enjin dan kedua-duanya dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan.

Varian LX dan Sport dijana dengan enjin 2.0 liter 'naturally aspirated', DOHC i-VTEC empat silinder yang menghasilkan 158 kuasa kuda (hp) pada 6,500 rpm dan tork 187Nm pada 4,200 rpm.

Untuk EX-L dan Sport Touring, ia dijana enjin 1.5 liter pengecas turbo VTEC, empat silinder dengan kuasa 180 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 240Nm pada 1,700 hingga 4,500 rpm. Ia adalah peningkatan 6hp dan 20Nm berbanding generasi ke-10.

Untuk transmisi automatik CVT selain mod pemanduan Normal dan

Eco, ia kini dengan mod Sport untuk pemanduan lebih sporty.

Sistem suspensi hadapan masih mengekalkan topang McPherson manakala belakang pula menggunakan multilink.

Untuk ruang kabin, terutama papan pemuka, ia datang dengan corak sarang lebah pada panel yang melindungi corong penyaman udara.

CIRI ruang fleksibel.
CIRI ruang fleksibel.

PEMANDUAN gaya sporty.
PEMANDUAN gaya sporty.

Ia juga lengkap dengan meter digital bersaiz tujuh inci (LX, Sport dan EX-L) dengan meter kelajuan dan takometer pada sebelah kiri dan speedometer pada kanan.

Untuk varian Sport Touring, ia datang dengan paparan panel 10.2 inci definisi tinggi warna penuh LCD.

Sistem multimedia bersaiz tujuh inci dan sembilan inci serba baharu (Sport Touring) juga ditawarkan dengan ketersambungan AppleCarplay dan Android Auto dengan sistem pembesar suara Bose.

Tempat duduk lebih selesa pula untuk penumpang belakang dengan ruang kaki yang ditambah 35mm.

Ciri keselamatannya termasuk bantuan pemanduan Honda Sensing, sistem pemanduan autonomi tahap dua dengan Traffic Jam Assist (TJA) dan 10 beg udara.

Lapan pilihan warna ditawarkan termasuk dua warna baharu iaitu Boost Blue Pearl and Smokey Mauve Pearl.

Honda Civic Hatchback disasarkan buat golongan muda aktif dan ia dikeluarkan di kilang Honda di Greensburg, Indiana, AS.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 7:00 AM