WARNA baharu RS150R.
WARNA baharu RS150R.
Lizam Ridzuan

BOON Siew Honda (BSH) sebagai pengedar utama motosikal jenama Honda di negara ini memperkenalkan model terbaharu ‘moped’ Honda RS150R dengan beberapa ciri dipertingkatkan.

Diperkenalkan pada 2016, antara pembaharuannya ialah warna dan corak rekaan grafik baharu.

Empat warna baharu ditawarkan iaitu Trico Honda, Hitam Pearl Magellanic, Biru Pearl Nightfall dan Edisi Repsol.

Selain itu, rekaan fender dan lampu belakangnya lebih sporty dengan rekaan lebih tirus yang menyerlahkan visual keseluruhan.

Untuk meter, ia didatangkan dengan sistem digital LCD penuh untuk ciri lebih moden.

Ia bukan saja memudahkan penunggang malah penunggang lebih fokus untuk melihat maklumat lengkap perjalanan.

CORAK grafik baharu.
CORAK grafik baharu.

Kemasan lebih premium ditawarkan pada rim tetuang (sport) 17 inci yang didatangkan dengan warna emas (kecuali Edisi Repsol).

Honda RS150R masih mengekalkan enjin 149.2 cc, empat injap DOHC sejukan cecair yang menjana kuasa 11.5kW pada 9,000 rpm dan daya tork 13.6Nm pada 6,500 rpm.

Ia juga dijana dengan kotak gear enam kelajuan klac manual serta pacuan rantai untuk prestasi yang lancar dan bertenaga.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM8,199 (standard) dan RM8,499 (Edisi Repsol) dengan jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 6:30 AM