HONDA RS150R edisi Hitam Pearl Magellanic.
HONDA RS150R edisi Hitam Pearl Magellanic.
Oleh: Lizam Ridzuan


BOON Siew Honda (BSH) memulakan tahun 2020 melalui pengenalan model terbaharu motosikal Honda RS150R dengan beberapa ciri dipertingkatkan.

Antara pembaharuan yang diberi ialah warna dan corak rekaan grafik baharu, ‘fender’ dan lampu belakang lebih sporty, speedometer LCD digital dan rim tetuang (sport) 17 inci warna emas.

Empat warna baharu kini ditawarkan iaitu Trico, Hitam Pearl Magellanic, Biru Pearl Nightfall dan Edisi Repsol.

Honda RS150R Masih mengekalkan enjin 149.2 cc, empat injap DOHC sejukan cecair yang menjana kuasa 11.5kW pada 9,000 rpm dan daya tork 13.6Nm pada 6,500 rpm.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM8,199 (Standard) dan RM8,499 (Edisi Repsol) dengan jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

SPEEDOMETER.
SPEEDOMETER.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 9:30 AM