Honda EX5 2020
Honda EX5 2020
Lizam Ridzuan


HONDA EX5 2020 ciri rekaan neo-klasik kini ditawarkan dengan rekaan grafik yang lebih menonjol diperkenalkan oleh pengedar utamanya di negara ini, Boon Siew Honda (BSH).

Kekal dengan enjin 110cc silinder tunggal sejukan udara dengan kuasa 6.37 kW pada 7,500 rpm dan tork maksimum 8.62Nm pada 5,500 rpm.

Model baharu ini menawarkan lebih penjimatan bahan api menerusi sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi) yang menghasilkan emisi yang rendah.

Ia didatangkan dengan dua varian iaitu rim tetuang (cast wheel) dan rim jejari (spoke wheel) serta warna pilihan Pearl Nightfall Blue (Biru) dan Pearl Magellanic Black (Hitam).

Untuk pasaran Malaysia EX-5 2020 dijual pada harga RM5,009 (rim tetuang) dan RM4,783 (rim jejari).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 11:32 AM