DOKTOR menunjukkan lepuh dialami pesakit yang dijangkiti cacar monyet. FOTO AP
DOKTOR menunjukkan lepuh dialami pesakit yang dijangkiti cacar monyet. FOTO AP
Agensi

Washington: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa virus itu adalah kecemasan kesihatan global pada Julai lalu.

Sehingga Rabu lalu, lebih 32,000 kes cacar monyet dilaporkan di 80 negara.

Adakah ia berbahaya?

Pertama kali dikenal pasti dalam monyet, virus itu disebarkan terutama melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Ia biasanya menyebabkan gejala ringan termasuk demam, ruam, nodus limfa membengkak dan kulit yang dipenuhi nanah.

Kes yang teruk boleh berlaku walaupun individu itu cenderung pulih dalam masa dua hingga empat minggu, menurut WHO.

Sesiapa sahaja boleh menyebarkan virus itu, tetapi wabak semasa di luar Afrika tertumpu hampir secara eksklusif dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

Cacar monyet merebak terutama melalui sentuhan kulit ke kulit biasanya dengan seseorang yang mengalami ruam aktif, serta melalui sentuhan dengan pakaian atau peralatan tempat tidur yang tercemar.

Namun, penularannya tidak semudah seperti virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan wabak Covid-19.

Kenapa diisytihar kecemasan?

Amerika Syarikat (AS) berharap pengisytiharan kecemasan kesihatan awam akan membantu ia membendung penyakit itu sebelum ia menjadi endemik.

Status ini mengeluarkan pembiayaan dan memberi agensi kesihatan fleksibiliti kawal selia yang boleh membantu meningkatkan akses kepada vaksin dan rawatan.

Pegawai kesihatan dari beberapa negara menggesa WHO melabelkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa berikutan peningkatan pantas kes dan kebimbangan ia mungkin menjadi endemik di lebih banyak negara.

Pengisytiharan kecemasan itu bertujuan untuk merangsang tindakan global dan kerjasama dalam semua aspek daripada ujian kepada pengeluaran dan pengedaran vaksin dan rawatan.

Kadar kematian dalam wabak cacar monyet sebelum ini di Afrika daripada strain yang sedang merebak adalah sekitar 1 peratus.

Tetapi setakat ini wabak ini nampaknya kurang membawa maut di negara bukan endemik yang kebanyakannya mempunyai infrastruktur penjagaan kesihatan yang lebih kukuh.

Sehingga tahun ini, penyakit virus itu jarang merebak di luar Afrika di mana ia adalah endemik.

Saintis cuba untuk menentukan apa yang menyebabkan kes awal, dan jika virus sudah berubah.

Peningkatan perjalanan global serta perubahan iklim secara amnya mempercepat kemunculan dan penyebaran virus, kata pakar.

Pakar penyakit berjangkit berkata, kekurangan peruntukan kewangan selama beberapa tahun terhadap operasi klinik kesihatan seksual yang sepatutnya berada di barisan hadapan dalam tindak balas semasa cacar monyet, menyebabkan fasiliti itu tidak bersedia untuk membendung penularan selanjutnya.

SEORANG lelaki mendapatkan vaksin cacar monyet di sebuah klinik di New Jersey, Amerika Syarikat. FOTO AP
SEORANG lelaki mendapatkan vaksin cacar monyet di sebuah klinik di New Jersey, Amerika Syarikat. FOTO AP

Langkah perlindungan

Pegawai kesihatan menasihati orang ramai mengelak hubungan rapat dengan seseorang yang mempunyai penyakit, ruam jelas atau tidak sihat.

Individu yang mengesyaki mereka menghidap cacar monyet perlu mengasingkan diri dan mendapatkan rawatan perubatan.

Pegawai kesihatan juga menawarkan vaksin cacar monyet kepada individu berisiko tinggi dan mereka berhubung rapat dengan orang yang dijangkiti.

Syarikat Denmark, Bavarian Nordic mempunyai vaksin yang menggunakan jenama Jynneos, Imvamune atau Imvanex.

Ia mempunyai kelulusan AS dan Eropah untuk pencegahan cacar dan berkait rapat dengan cacar monyet.

Vaksin lama ACAM2000 yang kini dikeluarkan Emergent Biosolutions, namun pengambilannya terhad kerana amaran kesan sampingan teruk.

Bavarian Nordic berkata, pihaknya boleh menghasilkan 30 juta dos vaksin termasuk cacar monyet setiap tahun dan memanfaatkan pengeluar kontrak yang berpangkalan di AS untuk meningkatkan kapasiti vaksin terbabit.

Rawatan

Selalunya, gejala cacar monyet sembuh dengan sendirinya dalam beberapa minggu.

Pesakit mungkin menerima rawatan dan cecair tambahan untuk jangkitan bakteria sekunder.

Agen antivirus yang dipanggil tecovirimat berjenama TPOXX dikeluarkan SIGA Technologies mempunyai kelulusan AS dan Kesatuan Eropah (EU), manakala kelulusan Eropah ia membabitkan cacar monyet dan cacar lembu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 7:05 AM