VAKSIN cacar monyet, Jynneos. FOTO AP
VAKSIN cacar monyet, Jynneos. FOTO AP
BERNAMA

Rome: Itali pada Isnin mula melancarkan kempen vaksinasi terhadap cacar monyet bagi rakyatnya.

Hospital Spallanzani, hospital penyakit berjangkit utama di Rom, memaklumkan bahawa 10 orang divaksin pada Isnin dan dijangka lebih 200 orang akan menerima suntikan itu pada Isnin dan hari-hari seterusnya, lapor Xinhua.

Vaksin Jynneos dua dos, dicipta untuk memerangi cacar tetapi dipercayai turut berkesan terhadap cacar monyet, kerana virus cacar dan cacar monyet berkait rapat.

Vaksin hanya diberikan kepada golongan dewasa.

Meskipun vaksin Jynneos bukan sesuatu yang baharu, tiada bekalan simpanan yang banyak untuk vaksin itu di Itali.

Menurut laporan media, permintaan vaksin setakat Isnin telah melepasi 600 dan masih meningkat.

Kes cacar monyet pertama direkodkan di Rom pada Mei, dan sejak itu Itali mengenal pasti sekurang-kurangnya 545 kes sehingga Jumaat.

Cacar monyet ialah penyakit zoonosis (boleh berjangkit dari haiwan ke manusia), virus yang kerap timbul di hutan hujan tropika Afrika tengah dan barat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Gejala termasuk demam, ruam, dan nodus limfa bengkak.

WHO secara rasmi mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang yang masyarakat antarabangsa perlu bimbang dengan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 11:48 AM