BERNAMA

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 dalam negara hari ini meningkat sedikit kepada 21,315 kes berbanding 21,072 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi laman sosial Twitter rasminya, Dr Noor Hisham berkata, kumulatif kes kini adalah 3,061,550.

Beliau berkata, 99.59 peratus atau 21,228 daripada jumlah kes baharu itu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 87 kes lagi atau 0.41 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Februari 2022 @ 4:16 PM