GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 dalam negara yang dilaporkan hari ini meningkat sedikit kepada 22,133 kes berbanding 21,315 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, dengan itu, jumlah kumulatif kes kini adalah 3,083,683.

Katanya, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 21,987 kes terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Sebanyak 146 kes adalah kategori tiga hingga lima," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu kategori satu mencatatkan 5,831 kes, kategori dua (16,156 kes), kategori tiga (102 kes), kategori empat (24 kes) dan kategori lima sebanyak 20 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Februari 2022 @ 4:03 PM