Foto hiasan
Foto hiasan
Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini, terus meningkat iaitu 5,020 kes berbanding 4,965 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,673,019 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow: covidnow.moh.gov.my.

"Data harian laman Covidnow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantarannya di Twitter hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Disember 2021 @ 3:06 PM