GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sebanyak 3,510 kes positif Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Jumlah itu menunjukkan menurun sebanyak sembilan kes saja berbanding 3,519 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,731,713 kes.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: https://covidnow.moh.gov.my.

"Data setiap hari bagi laman Covidnow adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 2:55 PM