GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini terus meningkat iaitu 5,446 kes berbanding 5,020 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,678,465 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow, covidnow.moh.gov.my.

"Data harian laman Covidnow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 2:30 PM