PEMANDANGAN udara menunjukkan sebahagian besar kawasan bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran yang diusahakan oleh warga asing dari Bangladesh di Sungai Burung, Sekinchan. FOTO Aizuddin Saad
PEMANDANGAN udara menunjukkan sebahagian besar kawasan bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran yang diusahakan oleh warga asing dari Bangladesh di Sungai Burung, Sekinchan. FOTO Aizuddin Saad
SEBAHAGIAN besar kawasan bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran yang diusahakan oleh warga asing di Sungai Burung, Sekinchan. FOTO Aizuddin Saad
SEBAHAGIAN besar kawasan bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran yang diusahakan oleh warga asing di Sungai Burung, Sekinchan. FOTO Aizuddin Saad
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Cegah segera sebelum parah. Itu gesaan Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat) mengenai trend petani import yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, pihaknya juga dimaklumkan mengenai perkara itu hasil pertemuan dengan golongan petani khususnya di kawasan luar bandar mengenai kebimbangan mereka kerana wujud potensi sawah padi 'ditawan warga asing.'

Menurutnya, pendedahan bahagian Kawal selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) itu perlu dipandang serius kerana ia membuka ruang untuk masalah lain.

Antaranya, beliau berkata, wujud kemungkinan sawah padi yang asalnya disewa kepada warga asing ini dijual terus selain mengehadkan peluang anak tempatan menceburi bidang pertanian.

"Awalnya memang mereka menyewa dan hanya ambil upah mengusahakan sawah.

"Tetapi lama-kelamaan, mereka akan minta beli untuk memudahkan kerja dengan alasan lebih baik dijual daripada terbiar. Di situ, kita secara perlahan-lahan akan kehilangan hak," katanya, semalam.

Beliau berkata, trend sama juga digunakan di dalam industri lain di negara ini yang membolehkan warga asing seperti Bangladesh dan Rohingya mendapat tempat dengan mudah.

PEMANDANGAN udara menunjukkan sebahagian besar kawasan bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran di Sungai Burung, Sekinchan. FOTO Aizuddin Saad
PEMANDANGAN udara menunjukkan sebahagian besar kawasan bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran di Sungai Burung, Sekinchan. FOTO Aizuddin Saad

Katanya, keperluan tenaga buruh asing untuk pertanian memang ada namun pemilikan sawah secara total dibimbangi menimbulkan isu lain yang tidak terkawal.

"Kita tahu antara masalahnya adalah pemilik sawah berumur, ada yang uzur manakala anak lebih selesa bekerja di bidang lain.

"Justeru Amal Sejagat mencadangkan satu gabungan dibentuk bagi mengatasi masalah ini.

"Jangan sampai pelbagai insentif disediakan kerajaan dimanfaatkan warga asing," katanya.

Terima aduan sejak beberapa tahun lalu

Kuala Lumpur: Isu warga asing mempelopori beberapa sektor ekonomi yang sebelum ini menggunakan tenaga kerja tempatan bukan saja terhad kepada bidang pertanian sahaja.

Sebaliknya industri perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan juga seolah-olah menunggu masa untuk diambil alih.

Pengerusi Biro Keusahawanan dan Sosioekonomi Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Mohd Afiq Salim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, keadaan itu mencetuskan kebimbangan banyak pihak mengenai penguasaan warga asing di dalam pelbagai sektor tanpa sekatan.

"Mereka bimbang dengan senario ini yang semakin parah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Antara yang membimbangkan adalah pertanian dan perladangan. Faktor skim gaji, pendidikan dan latihan adalah isu utama mengapa warga asing menjadi pilihan," katanya.

KAWASAN bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran. FOTO Aizuddin Saad
KAWASAN bendang sawah padi ditukar ganti menjadi kebun pelbagai jenis sayur-sayuran. FOTO Aizuddin Saad

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini mengenai warga asing seperti Bangladesh dan Rohingya yang mula melebar sayap dalam penanaman padi dan menjadi tauke di beberapa tempat.

Edar racun, baja kepada pemilik lot

Pengedaran racun dan baja kepada pesawah perlu dilakukan berdasarkan pemilik lot bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak saja menerimanya.

Wakil pesawah yang ditemui wartawan berkata, menerusi cara itu, tidak timbul isu bantuan diberikan kepada pihak yang tidak berkenaan seperti warga asing.

Dia yang mahu dikenali sebagai Ghazali berkata, apa yang berlaku ketika ini adalah warga Bangladesh ini bertindak seolah-olah cacing naik ke mata.

"Mereka datang meminta racun dan baja yang diuruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), bertanya seolah-olah itu hak mereka.

"Sedangkan mereka pendatang dan yang patut berurusan adalah pemilik sawah yang mempunyai rekod dengan PPK.

"Apa yang berlaku, mereka sudah mula tunjuk taring, meminta bantuan termasuk baja tambahan. Ini menimbulkan suasana tidak harmoni," katanya ketika ditemui.

Ghazali berkata, sebelum ini dia dan rakan-rakan petani lain bersabar dengan kerenah warga Bangladesh di situ.

"Ketika sawah tidak memerlukan air, mereka buka palong untuk kegunaan kebun. Bila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tutup, mereka buka.

"Perkara ini berlaku beberapa kali sehinggakan menimbulkan masalah kepada petani," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sementara itu tinjauan wartawan di sekitar Sekinchan mendapati warga Bangladesh dilihat mengusahakan kebun di situ sejak awal pagi.

Rata-rata mereka berada di kebun yang diusahakan sehingga tengah hari sebelum beredar.

Ketika tinjauan, wartawan juga melihat hasil kebun yang diangkut keluar dari kawasan sawah diserahkan kepada peraih untuk dijual di tempat lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 12:00 PM