Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 17,170 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu meningkat kepada 1,078,646 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian infografik di Facebooknya memaklumkan, Selangor masih lagi merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 2,138 kes, Kedah (1,212 kes) dan Johor (1,054 kes).

Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 884 kes hari ini manakala Sabah (776 kes), Pahang (638 kes), Kelantan (615 kes), Perak (596 kes), Sarawak (582 kes), Pulau Pinang (554 kes), Terengganu (437 kes), Melaka (416 kes) dan Putrajaya (84 kes).

Dua negeri merekodkan kes terendah iaitu Labuan sebanyak 11 kes dan Perlis sebanyak 10 kes.

Kes hari ini tidak menunjukkan perbezaan ketara apabila semalam merekodkan 17,405 kes.

Dr Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP
Dr Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 3:30 PM