Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini turun kepada 14,990 berbanding 15,759 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 2,142,924 kes.

Menurutnya, pecahan kes setiap negeri menunjukkan Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,414 kes.

"Ia diikuti Johor (1,880 kes), Sarawak (1,712 kes), Kelantan (1,573 kes), Pulau Pinang (1,224 kes), Perak (1,490 kes), Sabah (1,199 kes) dan Kedah (1,007 kes).

"Terengganu pula merekodkan 852 kes diikuti Pahang (688 kes), Kuala Lumpur (338 kes), Melaka (313 kes) serta Negeri Sembilan (170 kes)," katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Menurutnya, dua negeri mencatat kes dua angka iaitu Perlis dengan 97 kes, Putrajaya (30 kes), manakala Labuan merekodkan hanya tiga kes jangkitan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 3:32 PM