Berita Harian


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, kesalahan Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan hari ini, adalah semata-mata kerana teramat mempercayai orang, lapor BH Online.

Peguam utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Najib, 67, bagaimanapun sanggup dipersalahkan kerana kesalahan beliau dalam mempercayai orang yang seharusnya menguruskan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

"Dalam keadaan tertentu, tahap kepercayaannya keterlaluan," katanya ketika mengemukakan hujah rayuan meringankan hukuman, hari ini.

Najib didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) pengubahan wang haram, dan menyalahgunakan kedudukannya, membabitkan wang RM42 juta dalam dana SRC.

Peguam itu menambah, anak guamnya mengharungi pelbagai bentuk hukuman apabila didakwa di sekurang-kurangnya empat mahkamah, selain diburu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"(Tuntutan) wang dalam jumlah yang terlalu besar hingga tidak masuk akal dikenakan terhadapnya sebagai tunggakan cukai atau pendapatan yang dikenakan cukai, sehingga RM1.69 bilion.

"Jumlah itu amat mengejutkan bagi seorang individu," katanya sambil merayu hukuman dijalankan serentak.

Muhammad Shafee dalam memohon hukuman ringan turut menceritakan perjalanan politik Najib di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebelum hakim berkenaan menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu selepas didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan.

"Najib adalah Menteri Besar yang paling muda dalam negara pernah dilantik ke jawatan itu, semasa umurnya 29 tahun, dan pernah menerajui beberapa kementerian sepanjang perjalanan politiknya, di samping menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun," katanya.

MUHAMMAD Shafee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
MUHAMMAD Shafee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Berita Berkaitan

  • Hukuman penjara Najib ditangguh, jaminan RM2 juta
  • Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
  • 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tak tahu RM42 juta itu' - Najib
  • Mahkamah tolak permohonan tangguh, hukuman Najib hari ini
  • Penyokong Najib akan dikompaun jika degil tak patuh SOP
  • Datang ke mahkamah lepas Subuh
  • Pasukan Najib mahu rayuan ringan hukuman ditangguhkan
  • Kes SRC: Najib bersalah! [METROTV]
  • Warganet risau wujud kluster Najib
  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 7:59 PM