NAJIB. FOTO Bernama
NAJIB. FOTO Bernama
Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi


"WALLAHI, wabillahi, watallahi, saya tidak mempunyai pengetahuan berhubung RM42 juta itu," kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika diberi peluang untuk merayu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurutnya, beliau tidak meminta, tidak ditawarkan wang itu dan tiada bukti serta saksi berhubung perkara itu.

Kes ditangguhkan untuk keputusan sebentar lagi.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

Berita lanjut menyusul

Berita Berkaitan

  • Mahkamah tolak permohonan tangguh, hukuman Najib hari ini
  • Penyokong Najib akan dikompaun jika degil tak patuh SOP
  • Datang ke mahkamah lepas Subuh
  • Pasukan Najib mahu rayuan ringan hukuman ditangguhkan
  • Kes SRC: Najib bersalah! [METROTV]
  • Warganet risau wujud kluster Najib
  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 5:43 PM