NAJIB (Gambar arkib) FOTO Bernama
NAJIB (Gambar arkib) FOTO Bernama
Ahmad Johari Mohd Ali


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib melalui peguamnya memfailkan notis rayuan berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang juga salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes SRC International, ketika dihubungi.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM42 juta milik SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam keputusannya turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagi tiga tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim itu memerintahkan Najib menjalani penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

Bagaimanapun, Mohd Nazlan memerintahkan semua hukuman penjara berkenaan berjalan dengan serentak.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua tuduhan terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Berita Berkaitan

  • Najib selesai bayar jamin tambahan RM1 juta
  • Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
  • 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tak tahu RM42 juta itu' - Najib
  • Mahkamah tolak permohonan tangguh, hukuman Najib hari ini
  • Penyokong Najib akan dikompaun jika degil tak patuh SOP
  • Datang ke mahkamah lepas Subuh
  • Pasukan Najib mahu rayuan ringan hukuman ditangguhkan
  • Kes SRC: Najib bersalah! [METROTV]
  • Warganet risau wujud kluster Najib
  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 5:59 PM