EKZEMA berlaku apabila penghalang kulit rosak dan lemah.
EKZEMA berlaku apabila penghalang kulit rosak dan lemah.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Masalah dermatologi seperti kulit sensitif, kekeringan dan dermatitis atopik antara kesan kerosakan penghalang kulit (skin barrier) disebabkan penurunan kandungan ceramide.

Ceramide adalah lipid yang membentuk sehingga 50 peratus daripada komposisi kulit untuk membentuk perlindungan semula jadi kulit.

Meskipun badan manusia menghasilkan ceramide sendiri namun seiring dengan peningkatan usia, kadar kandungannya juga semakin menurun.

Pakar Perunding Dermatologi, Datuk Dr Noor Zalmy Azizan berkata, penurunan ceramide boleh menyebabkan fungsi penghalang kulit terganggu.

Ia mengakibatkan kulit kekeringan dan kerengsaan, membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa.

Katanya, jika penghalang kulit semakin lemah atau rosak, ia 'membuka pintu' kepada pelbagai masalah kulit.

Selain penurunan ceramide, masalah diet harian yang tidak seimbang, kurang bersenam dan tekanan juga antara faktor mengapa penghalang kulit boleh menjadi semakin teruk.

"Ceramide antara kandungan penting untuk kesihatan kulit kerana ia dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit badan.

"Bagi yang mengalami masalah ekzema misalnya, mereka memerlukan pelembap dalam rutin penjagaan kesihatan kulit harian.

"Pemakaian pelembap perlu konsisten tanpa mengira masa kerana keadaan kulit mereka yang kering berbanding kulit biasa," katanya pada sesi panel diskusi kesihatan dan penjagaan kulit sempena pelancaran produk penjagaan kulit CeraVe di ibu negara, baru-baru ini.

DR Say (dua dari kanan) pada sesi diskusi kesihatan kulit sempena majlis pelancaran produk penjagaan kulit CeraVe di ibu negara, baru-baru ini. - FOTO Aiman Farhan Abd Razak
DR Say (dua dari kanan) pada sesi diskusi kesihatan kulit sempena majlis pelancaran produk penjagaan kulit CeraVe di ibu negara, baru-baru ini. - FOTO Aiman Farhan Abd Razak

Mengulas lanjut, Dr Noor Zalmy berkata, masa optimal dan terbaik untuk pemakaian pelembap adalah ketika selepas mandi.

Ini kerana katanya, pada waktu itu keadaan kulit lebih kering dan mudah menyerap pelembap yang dipakai.

"Begitu juga pelembap pada wajah, ia boleh dipakai setiap kali selepas mencuci muka iaitu antara sekali hingga dua kali sehari.

"Ceramide dalam pelembap dapat membantu mengisi semula kandungan ceramide dalam kulit, " katanya.

Dalam pada itu, berkongsi pengalaman pada sesi diskusi sama, bapa kepada tiga anak, Dr Say Shazril berkata, anak-anaknya mengalami masalah ekzema ketika bayi.

Dr Say yang juga pempengaruh berkata, masalah kekeringan kulit dialami anak-anaknya agak serius menyebabkan mereka tidak selesa hingga ada yang menggaru sampai berdarah.

Katanya, ibu bapa perlu tahu meskipun masalah ekzema tidak boleh dirawat namun ia sebenarnya boleh dikawal.

"Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu faktor mencetuskan ketidakselesaan atau kegatalan itu sama ada disebabkan cuaca, material pakaian, penggunaan sabun yang tidak sesuai, pemakanan dan sebagainya.

"Sebenarnya, banyak perkara perlu dipertimbang jika anak kita menghadapi masalah ekzema namun antara panduan penjagaan boleh diikuti adalah dengan sentiasa melembapkan kulit mereka.

"Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, pemakaian pelembap yang mengandungi ceramide dapat membantu menjaga kesihatan kulit," katanya.

MASALAH ekzema masih boleh dikawal.
MASALAH ekzema masih boleh dikawal.

Sementara itu, Pengurus Besar L'Oreal Malaysia Dermatological Beauty, Ashlee Ng berkata, aksesibiliti kepada produk disyorkan pakar dermatologi adalah penting memandangkan negara kini memiliki anggaran satu pakar sahaja untuk setiap 241,000 penduduk.

Keadaan itu kata beliau, menyebabkan ramai yang tidak mempunyai akses kepada penjagaan kulit profesional.

Justeru kata Ashlee, CeraVe yang diformulaksikan panel pakar dermatologi bertauliah menyasarkan untuk merapatkan jurang akses berkenaan kepada rakyat Malaysia.

"Ini kerana berbanding pelembap dengan formulasi pelepasan tunggal biasa, Teknologi MVE unik yang digunakan dapat menyalurkan dan melepaskan ceramide yang penting sepanjang hari .

"Enam produk diperkenalkan memberi fokus dalam menangani masalah kulit seperti kulit sensitif, kulit kering dan dermatitis atopik kesan daripada penghalang kulit (skin barrier) yang rosak.

"Ia mengandungi gabungan unik tiga ceramide penting yang serupa dengan yang terdapat secara semula jadi dalam kulit bagi memulihkan pelindung kulit," katanya.

PRODUK penjagaan kulit yang diformulaksikan panel pakar dermatologi bertauliah. - FOTO Aiman Farhan Abd Razak
PRODUK penjagaan kulit yang diformulaksikan panel pakar dermatologi bertauliah. - FOTO Aiman Farhan Abd Razak

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2024 @ 7:01 AM