PENGAMAL media yang menyertai program DBKL Bersama Media: Walk Hunt 2023.
PENGAMAL media yang menyertai program DBKL Bersama Media: Walk Hunt 2023.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


LEBIH 100 media pelbagai agensi mencabar kemampuan untuk 'memburu' jawapan bagi 25 soalan yang menguji minda program Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bersama Media: Walk Hunt 2023, baru-baru ini.

Mereka perlu berfikir pantas untuk mendapatkan jawapan yang tersedia di lokasi ditentukan membabitkan laluan sepanjang tiga kilometer (km).

Cabaran selama tiga jam itu bermula dari jam lapan pagi dan berakhir pada jam 11 pagi di Menara DBKL.

Selain menyelesaikan 25 soalan wajib, peserta perlu menyempurnakan tiga 'task' tambahan iaitu membaling bola keranjang ke jaring, membuat video pendek TikTok dan memanah untuk markah tambahan.

Sebanyak 25 kumpulan daripada 50 kumpulan dipilih sebagai pemenang yang diberikan hadiah baucar.

Datuk Bandar

Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh berkata, program itu dianjurkan sebagai menghargai sumbangan media menerusi laporan berita yang positif mengenai DBKL.

Menurutnya, pembabitkan pengamal media dalam memberikan laporan yang positif memperlihatkan DBKL sebagai sebuah organisasi yang mampu menguruskan pembangunan fizikal dan kesejahteraan warga kota dengan baik.

"Program ini adalah aktiviti tahunan dan ia kali kesembilan penganjurannya sejak dimulakan pada 2014.

"Sepanjang Walk Hunt berlangsung, peserta berpeluang menikmati keindahan bandar raya Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan kehijauan dan bangunan pencakar langit.

"Selain itu, dapat melihat inisiatif yang dilaksanakan DBKL bagi memastikan DBKL kekal bersih, indah dan sejahtera," katanya.

Kamarulzaman berkata, besar harapan beliau supaya hubungan dengan media dipereratkan bagi membolehkan warga kota mendapat hebahan maklumat terkini berkaitan inisiatif dilaksanakan DBKL.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 6:11 AM