JOHN (tengah baju biru) menyerahkan trofi kejuaraan kepada ketua pasukan Samba FS di Real Sports Arena.
JOHN (tengah baju biru) menyerahkan trofi kejuaraan kepada ketua pasukan Samba FS di Real Sports Arena.

Klang: Samba FS muncul juara Liga Sosial JOMA selepas menang penalti 5-4 ke MWB U19 di Real Sports Arena Telok Gadong Klang, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh perlawanan yang turut menyaksikan GB FC A menduduki tempat ketiga selepas memadam impian Pemuda FC 7-3.

Hasil kejayaan itu, Samba FS membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi, pingat dan baucar manakala MWB U19 menerima RM3,000, pingat dan baucar.

GB FC A yang menduduki tempat ketiga menerima RM2,000, pingat dan baucar manakala Pemuda FC membawa pulang RM1,000, pingat dan baucar.

Hadiah disampaikan Pengerusi JOMA Malaysia Datuk John Hii.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 8:13 AM