Puteri Sarah
Puteri Sarah
Oleh Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, berhasrat untuk mengambil tindakan saman ke atas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena.

Bekas isteri kepada Syamsul Yusof itu berkata, keputusan berkenaan dibuat kerana wanita terbabit masih bercakap buruk mengenai dirinya mesikpun tindakan saman dibuat sebelum ini sudah ditarik balik.

"Saya sudah selesaikan secara baik dengan Syamsul dan bahagia dengan hidup kami masing-masing. Dan ada entah datang dari mana bercakap buruk mengenai kami? Meroyan kat 'close friends 'kau?" tulisnya.

Kata Sarah, kali ini tiada belas kasihan lagi sebaliknya dia akan teruskan dengan keputusan tindakan undang-undang dan menyifatkan Wiwie tidak bersyukur dengan peluang yang diberikan itu.

"Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur namun tidak! Masih nak menjaja cerita tak tau nak publisiti ke apa. Jadi, kali ini tiada lagi kasihan dan sebagainya. 

"Jumpa di mahkamah terus Wiwie Darvienda Mazweena. Dan saya akan laporkan kepada bos anda dalam AIA Malaysia. Anda patut malu dengan diri anda. Attention seeker," katanya yang berkongsi tangkap layar milik Wiwie di Instagram Story.

Menerusi hantaran yang dibuat dalam Insta Story itu, pelakon drama Hijrah Jannah ini meluahkan rasa berang apabila terus diganggu biarpun kes rumah tangganya sudah ternoktah.

Wiwie dalam satu hantaran yang dimuat naik hanya untuk 'Close Friend' berkata, dia merasa ada sesuatu yang mencurigakan apabila pihak sebelah sana (tanpa menujukkan kepada sesiapa) menghantar surat injuksi kepadanya.

"Masa itu terus aku rasa lagi 'fishy', sebab sana bagi surat injuksi kat aku. Injuksi tu maksudnya tak boleh bersuara, tak boleh muat naik apa pasal dia. Sedangkan story aku lebih kepada bercakap mengenai ayah dan ajak netizen buat baik.

"Start dah meluat masa ni. U ni sejenis tak boleh orang lain baik ke? Kena u je baik dan orang lain jahat tak betul. Haaa faham tak?" tulisnya.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentua, termasuk suami, Syamsul.

Namun pada Julai lalu, Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kes saman pelakon itu terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarga diselesaikan secara baik di luar mahkamah

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Syamsul, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 6:01 PM