Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah Liyana

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana memberi amaran kepada bekas menantu Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan yang masih bercerita buruk mengenai dirinya walaupun selepas disaman. 

Sarah, menerusi hantaran di Instagram Story berkata, wanita itu tidak sepatutnya menyibuk mengenai idah Sarah selepas bercerai dengan bekas suami, Syamsul Yusof. 

"Ada orang kongsikan kepada saya. Inilah manusia bila tak ada kerja, sibuk idah orang. Apa idah aku 100 tahunkah? Dah kena saman, duduk diam-diam. 

"Simpan duit nak bayar saman nanti. Nak belajar cara buat duit? Boleh sertai kumpulan Sarah, okay. Kita tak nak jadi seperti ini, suka jaga tepi kain orang," tulisnya. 

Dalam hantaran sama, Sarah turut berkongsi tangkap layar mesej wanita itu kepada seorang individu. 

"Dalam idah pun dia dia VC (panggilan video) bermanja-manja dengan lelaki dalam 'live'. Adakah itu maruah isteri? Tak kisahlah apa pun suami itu buat," tulis wanita itu. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Sarah mengambil tindakan sewajarnya atas tindakan wanita itu yang 'mencuit' hal peribadinya walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2023 @ 7:37 PM